WE CARE!

Friday, October 30, 2009

Perkhemahan Pelapis Muda Aktivis Alam Sekitar



BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Tarikh: 23 okt - 25 okt 2009

Hutan Lipur Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Satu Perkhemahan Pelapis Muda Aktivis Alam Sekitar anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah diadakan pada 23-25 Oktober 2009 yang lalu. Program di Hutan Lipur Bukit Mertajam ini melibatkan penyertaan ahli-ahli Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (16 orang), Universiti Sains Malaysia dan juga Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Antara objektif penganjuran perkhemahan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga Institusi Pengajian Tinggi tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Melalui program ini juga, para peserta telah diberi latihan dan tunjuk ajar untuk menjadi seorang aktivis alam sekitar yang baik. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan ini. Sila rujuk laporan bergambar dibawah.





^ Pengenalan Program - Siapa Aku bersama Abg Syah





^ Ice Breaking Bermodul dan Pembahagian Kumpulan




^ Riadah Bermodul





^ Slot 1: Cabar Minda - Modul Kitar Ekologi


^ Slot 2: Diskusi Ilmiah - Islam dan Ekologi




^ Bengkel Aktivis 1: Dialog Alam Sekitar (Isu Semasa)




^ Bengkel Aktivis 2: Ada Apa Pada Hasil Tulisan (Kesan dalam Kempen)



^ Slot 3: Isu-isu Semasa Alam Sekitar; Pengalaman SAM bersama Abg Nizam Mashar (Koordinator Sahabat Alam Malaysia)





^ Bengkel Aktivis 3: Street Theater


^ Fasilitator Program.
CARE IPGM Kampus Tuanku Bainun: Hakim, Syam, Attiq & Aie.
CARE USM: Arif, Liza & Ain.




^ Kembara ( Jungle Tracking)


Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakannya.
(Najm:39)


Amin

Monday, October 26, 2009

Tanam Bakau di Nibong Tebal

salam alaik..

ni gambar-gambar sepanjang program pananaman bakau di Sg. Chenaam.
dengan kolobrasi bersama student USM..









Thursday, October 22, 2009

Taklimat Program - Tanam Semula Bakau@Nibong Tebal

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM PENANAMAN SEMULA BAKAU SEMPENA SAMBUTAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM) 2009 PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.


"Merujuk perkara di atas, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan program penanaman semula bakau sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malayasia (MASM) 2009 Peringkat Negeri Pulau Pinang...Justeru, SAM dengan segala hormatnya menjemput pihak tuan dan ahli-ahli untuk menyertai program berkenaan..." (surat dari Sahabat Alam Malaysia).


Aktiviti : Program Penanaman Semula Bakau

Tarikh : 25 Oktober 2009

Masa : 09.00 pagi – 01.00 tghari

Lokasi : Sg. Chenaam, Nibong Tebal



Senarai peserta yg sudah memberi nama:

  1. anas
  2. shamil
  3. wan
  4. bib
  5. nurul
  6. wani
  7. naimah
  8. husna
  9. kak yus
  10. sakinah
  11. tipah
  12. faiz
  13. anis
  14. kak milah
  15. faiz sifu
  16. kak ikin
  17. noh
  18. mazwan
  19. azie

Gambaq2 Team Bakau semasa sesi Taklimat Program :)



PERHUBUNGAN:

Pergerakan semua peserta ni akan dipantau oleh MUNA. Kalo ada pape, blh contact dia..kalo muna xda, contact ANIS (senior CARE).

PERGERAKAN:

Semua peserta diminta berkumpul di garaj bas pada pukul 7.30 pagi, hari ahad 25hb okt 2009.
bas dari USM akan pick-up korg.

PERALATAN:

Tiada apa2. cuma anda dinasihatkan memakai pakaian bewarna gelap - hitam @ baju SAM dan membawa sepasang pakaian spare..


"Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran."
Al Jatsiah ayat 005


AMIN