WE CARE!

Sunday, March 6, 2011

KEMBARA ALAM : PROJEK PENDIDIKAN ALAM SEKITAR GURU PELATIH KPLI

Pada 6 Mac 2011, satu program KEMBARA ALAM telah dilaksanakan dengan jayanya di Taman Negara Pulau Pinang.

Di dalam program tersebut, seramai 6 orang sukarelawan CARE telah diberi amanah untuk menguruskan aktiviti dan bertindak sebagai fasilitator kepada 60 orang guru pelatih dari Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) IPG Kampus Tuanku Bainun.

Objektif KEMBARA ALAM kali ini ialah untuk memberi pendedahan yang bersifat secara langsung / hands-on terhadap para peserta mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Selain itu, melalui aktiviti kembara yang telah dijalankan, para peserta juga berpeluang untuk mengenali pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Jungle tracking, Latihan Dalam Kumpulan - Plus, Minus & Interesting (PMI), Pertandingan membina simbol alam sekitar menggunakan bahan-bahan semulajadi, Beach Cleaning, Boating dan Refleksi Kembara.

Program bermula seawal jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.



p/s: Program kali ini menghasilkan satu lagi jaringan CARE yang baru iaitu dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (Timbalan Pengarah).

0 yang |CARE!|:

Post a Comment

Show your care!