WE CARE!

Wednesday, March 16, 2011

Tsunami di Jepun (11 Mac 2011)

11 Mac 2011 : Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter, yang telah mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda wilayah timur laut negara itu dan mengorbankan beribu-ribu nyawa.






Peristiwa
Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter yang melanda Jepun tengah hari semalam, lebih 1,000 dikhuatiri maut. Kemusnahan dahsyat berlaku di Tohoku atau timur laut Jepun, dengan Sendai paling teruk menerima kesannya kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa yang berlaku pada pukul 2.46 petang (1.46 tengah hari waktu Malaysia) itu.
Satu lagi gempa bumi telah berlaku dengan berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku pada pukul 3.59 pagi tadi (2.59 pagi waktu Malaysia), yang menggegarkan kawasan pantai Laut Jepun di barat laut Tokyo, melibatkan wilayah Nagano dan Niigata.


Yang membimbangkan kemungkinan berlaku kebocoran radiasi pada reaktor nuklear yang terletak di wilayah Fukushima, lebih kurang 240km di utara bandar raya Tokyo.
Setakat ini, kesemua mereka selamat dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kemalangan jiwa. Alhamdulillah..
Satu penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH89, yang pada asalnya dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 10.30 pagi (9.30 pagi waktu Malaysia) hari ini, ditunda ke pukul 1.30 tengah hari (12.30 tengah hari waktu Malaysia), manakala penerbangan MH71, yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.30 tengah hari, akan berlepas pada pukul 9 pagi (8 pagi di Malaysia), Ahad.


Sehingga tengah hari ini, perkhidmatan bas biasa antara Lapangan Terbang Narita dan Tokyo belum disambung semula dan beberapa hotel menyewa bas untuk kegunaan tetamu mereka.
Kebanyakan perkhidmatan tren bawah tanah mula kembali seperti biasa dan ini memudahkan pergerakan sebahagian besar daripada 12 juta penduduk Tokyo serta mereka dari bandar lain.
Landasan tren bawah tanah ditutup selama hampir enam jam semalam dan menyebabkan berjuta-juta penumpang terkandas.

0 yang |CARE!|:

Post a Comment

Show your care!