WE CARE!

Tuesday, June 28, 2011

Love River Campaign & International Friendship Programme

Tempat:
Kampung Sungai Batu Besi, Merbok,Kedah

Tarikh:
23 - 25 June 2011

Objektif:
  • Menyebarluas ilmu pendidikan alam sekitar tentang kepentingan sungai dan keperluan terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau.
  • Memupuk perpaduan antara kaum.





















Friday, June 3, 2011

Bahaya Bekas Makanan Polisterina. Baca, Faham, Cetak dan Sebar.

Program Kesedaran dan Penanaman Semula Pokok Bakau Anjuran Sahabat Alam Malaysia di Kg Sg Batu Besi, Merbok, Kedah. Program ini telah diiklankan di laman FB selama 9hari (12 May'11) sebelum program bermula dan ramai yg telah memberi respon utk menjadi fasilitator. CARE IPGKTB dan Kelab Pecinta Alam IPGKSAH telah berkolaborasi menggalas amanah sebagai fasilitator kepada 90 org pelajar dua buah sekolah menengah. Fasilitator terdiri daripada junior hinggalah ke super senior (sem 2PPISMP - 7PISMP). Sebanyak 200 anak pokok telah berjaya ditanam.Terima kasih di atas keprihatinan anda terhadap iklan dan program tersebut-We CARE for the environment!


 
 ^ Jaringan CARE dan SAM telah terpateri sejak tahun 2007.

 ^ Peserta perlu menaiki bot untuk mencari lokasi penanaman bakau yang sesuai.

 ^ Taklimat penanaman bakau kepada para peserta.

 ^ Salah seorang ahli Kelab Pencinta Alam dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim juga turut serta dalam program ini.

 ^ Barisan Peserta dari SMK Jalan Paya Besar, Lunas Kedah dan Madrasah Al-Aiminiah Permatang Pauh, Pulau Pinang.

 ^ Para fasilitator melepaskan lelah sambil menelusuri Sungai Merbok yang indah.

 ^ Fasilitator Syariff dari CARE IPTB menyampaikan taklimat keselamatan di air.

 ^ Peserta program.

 ^ Fasilitator sedang mendengar taklimat.

 ^ Pelantar ini digunakan untuk sesi taklimat.

 ^ Penat yang berbaloi.

 ^ Selain memberi fokus kepada pendidikan alam sekitar, program ini juga berjaya menerapkan unsur-unsur kerjasama walaupun berbeza bangsa dan warna kulit. 1 Malaysia.

 ^ Suasana ketika aktiviti penanaman.

 ^ Usaha murni memelihara dan memulihara hutan paya bakau.

 ^ Kehadiran Encik Ibarahim, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPTB menceriakan susasana.

 ^ Taklimat di pelantar bakau.

 ^ Taklimat penutup setelah aktiviti penanaman selesai.

 ^ Program ini turut mendapat liputan akhbar tempatan, Sinar Harian.

 ^ Pelajar-pelajar Madrasah Al-Aiminiah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

^ CARE IPTB berjaya membina jaringan bersama Kelab Pecinta Alam IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah.
Pada 14 Mei 2011 yang lalu, CARE mendapat jemputan untuk menjayakan 'Green Planet Campaign' yang diadakan di SK Lahar Yooi, Kepala Batas, Pulau Pinang. Sekolah ini terletak kira-kira 20 minit dari IPTB. Program ini telah dianjurkan oleh Sahabat Alam Malaysia dan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri dan pihak sekolah sendiri. Seramai 30 orang murid-murid tahap dua telah menyertai program ini. CARE menghantar wakil seramai 10 orang pada hari tersebut untuk menyumbangkan khidmat sebagai tenaga fasilitator.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program ini ialah penanaman pokok, permainan alam sekitar, kuiz alam sekitar dan latihan dalam kumpulan. 

Program ini merupakan salah satu strategi CARE untuk menyebarluaskan pemahaman masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar melalui pendidikan. Sasaran pada generasi muda juga dilihat sebagai satu langkah penting dalam proses menghasilkan bangsa yang peka terhadap alam sekitar.


Foto 1: Latihan Dalam Kumpulan :  Pohon Idaman

 Foto 2: Fasilitator CARE bersama peserta program

 Foto 3: Majlis Perasmian Aktiviti Penanaman Pokok oleh Wakil SK Lahar Yooi, dibantu Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri.

 Foto 4: Kuiz Alam Sekitar

 Foto 5: Fasilitator CARE dan Peserta Program

 Foto 6: Barisan Fasilitator CARE dan Pegawai Sahabat Alam Malaysia yang menjayakan program

Foto 7: Kehadiran warga SK Lahar Yooi turut memeriahkan hari 'Green Planet Campaign'



Kepada mana-mana sekolah yang berminat untuk menjayakan kempen seperti ini, bolehlah menghubungi CARE.
Thursday, May 12, 2011

Program penanaman pokok bakau

Program penanaman pokok bakau
21 mei 2011 (sabtu)
masa:8pg-4ptg
tempat:Sg.Batu Besi, Merbok (Tempat BIG korg tuh)

CARE dijemput sebagai fasilitator
Pelajar yg terlibat adlh dr 2 buah sek men (90 orang) pelajar.

Sapa2 geng Adik Beradik CARE ::|ABC|:: :p or student IPTB yg minat nak join, angkat tangan. Bg nama kat i. Kalo ramai, i nak ejas transport :)
 Pak Long.

Green Planet Program

Tentatif ‘Green Planet Campaign’ di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Tentatif:

13 Mei 2011 - Jumaat
Persiapan tempat. Selepas solat Jumaat. Lelaki sahaja.


14 Mei 2011 - Sabtu

08.00 pg        : Kedatangan para jemputan dan sarapan pagi
08.30 pg        : Ucapan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
08.45 pg        : Ucapan oleh Guru Besar (SKLY) dan Perasmian
9.00 pg          : Persembahan oleh Para Pelajar (SKLY)
9.15 pg          : Aktiviti bersama pelajar (Kuiz + LDK) - -> TINDAKAN CARE
10.00 pg        : Aktiviti Penanaman Pokok (dan taklimat penanaman pokok oleh renjer Jabatan Perhutanan )
12.00 t.hari    : Makan Tengah Hari
12.30 t.hari    : Bersurai

CARE dijemput sebagai fasilitator.
Berminat? Rujuk Adik Beradik CARE ::|ABC|:: :p

Cepat! Tempat terhad.
Friday, March 18, 2011

Melebarkan sayap



CARE IPGKTB terus melebarkan jaringan dengan pelbagai pihak berkaitan alam sekitar.

Terbaru, pada 17 Mac 2011, CARE telah berjaya membina jaringan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang.

Bertempat di Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara, kehadiran CARE disambut baik oleh pegawai perhubungan JAS negeri, Puan Hasmah. Saya mewakili CARE telah membincangkan beberapa perkara berkaitan program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama JAS.

Perbincangan selama 30 minit bersama pegawai JAS membuah hasil apabila pihak mereka bersetuju memberi bimbingan dan sokongan serta kerjasama dalam melaksanakan aktiviti CARE pada masa hadapan.

CARE akan terus mempergiatkan usaha dalam mencari dan membina jaringan dengan agensi luar bagi memastikan usaha melestarikan alam sekitar melalui pendidikan dapat direalisasikan suatu hari nanti.



Wednesday, March 16, 2011

Tsunami di Jepun (11 Mac 2011)

11 Mac 2011 : Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter, yang telah mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda wilayah timur laut negara itu dan mengorbankan beribu-ribu nyawa.






Peristiwa
Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter yang melanda Jepun tengah hari semalam, lebih 1,000 dikhuatiri maut. Kemusnahan dahsyat berlaku di Tohoku atau timur laut Jepun, dengan Sendai paling teruk menerima kesannya kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa yang berlaku pada pukul 2.46 petang (1.46 tengah hari waktu Malaysia) itu.
Satu lagi gempa bumi telah berlaku dengan berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku pada pukul 3.59 pagi tadi (2.59 pagi waktu Malaysia), yang menggegarkan kawasan pantai Laut Jepun di barat laut Tokyo, melibatkan wilayah Nagano dan Niigata.


Yang membimbangkan kemungkinan berlaku kebocoran radiasi pada reaktor nuklear yang terletak di wilayah Fukushima, lebih kurang 240km di utara bandar raya Tokyo.
Setakat ini, kesemua mereka selamat dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kemalangan jiwa. Alhamdulillah..
Satu penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH89, yang pada asalnya dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 10.30 pagi (9.30 pagi waktu Malaysia) hari ini, ditunda ke pukul 1.30 tengah hari (12.30 tengah hari waktu Malaysia), manakala penerbangan MH71, yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.30 tengah hari, akan berlepas pada pukul 9 pagi (8 pagi di Malaysia), Ahad.


Sehingga tengah hari ini, perkhidmatan bas biasa antara Lapangan Terbang Narita dan Tokyo belum disambung semula dan beberapa hotel menyewa bas untuk kegunaan tetamu mereka.
Kebanyakan perkhidmatan tren bawah tanah mula kembali seperti biasa dan ini memudahkan pergerakan sebahagian besar daripada 12 juta penduduk Tokyo serta mereka dari bandar lain.
Landasan tren bawah tanah ditutup selama hampir enam jam semalam dan menyebabkan berjuta-juta penumpang terkandas.
Sunday, March 6, 2011

KEMBARA ALAM : PROJEK PENDIDIKAN ALAM SEKITAR GURU PELATIH KPLI

Pada 6 Mac 2011, satu program KEMBARA ALAM telah dilaksanakan dengan jayanya di Taman Negara Pulau Pinang.

Di dalam program tersebut, seramai 6 orang sukarelawan CARE telah diberi amanah untuk menguruskan aktiviti dan bertindak sebagai fasilitator kepada 60 orang guru pelatih dari Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) IPG Kampus Tuanku Bainun.

Objektif KEMBARA ALAM kali ini ialah untuk memberi pendedahan yang bersifat secara langsung / hands-on terhadap para peserta mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Selain itu, melalui aktiviti kembara yang telah dijalankan, para peserta juga berpeluang untuk mengenali pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan tersebut.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Jungle tracking, Latihan Dalam Kumpulan - Plus, Minus & Interesting (PMI), Pertandingan membina simbol alam sekitar menggunakan bahan-bahan semulajadi, Beach Cleaning, Boating dan Refleksi Kembara.

Program bermula seawal jam 9.45 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.



p/s: Program kali ini menghasilkan satu lagi jaringan CARE yang baru iaitu dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (Timbalan Pengarah).
Monday, February 21, 2011

Perkhemahan Kesedaran Alam Sekitar UPSI, UiTM, SAM & CARE 2011




Tarikh:
18-20 Feb 2011

Tempat:
Sitiawan, Perak

Peserta:
Ahli Kelab Geografi Universiti Pendidikan Sultan Idris &
Kelab Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara.

Penganjur:
Sahabat Alam Malaysia

Fasilitator:
MT CARE IPGKTB

Album Gambar Aktiviti:

Hari Pertama Perkhemahan Kesedaran Alam Sekitar UPSI, UiTM Perak, SAM, CARE.


Pengenalan Gerak Kerja CARE kepada Mahasiswa/i UPSI dan UiTM Perak


Penanaman Benih Bakau - Perkhemahan Kesedaran Alam Sekitar UPSI, UiTM Perak, SAM, CARE.


LDK Jaringan dan Pembentangan Projek Mini - Hari Kedua Perkhemahan Kesedaran Alam Sekitar UPSI, UiTM Perak, SAM, CARE.Kg Sitiawan, Perak.


Riadah Pagi Bersama Anas - Perkhemahan Kesedaran Alam Sekitar UPSI, UiTM Perak, SAM, CARE.Kg Sitiawan, Perak.