WE CARE!

Friday, December 31, 2010

The launching of the plastic bag ban in Penang



The launching of the plastic bag ban in Penang at the Sunway Carnival Mall Seberang Jaya on 1-1-11 at 11.30am.



p/s: Geng CARE, anda dijemput oleh pihak Sahabat Alam Malaysia untuk bersama-sama menjayakan program ini.
Video: PEMBANGUNAN UNTUK SIAPA? MENGUNTUNGKAN MEREKA, BUKAN KAMI.



Pada 13 Disember 2010 yang lalu, satu kajian lapangan dilaksanakan di kawasan nelayan Sungai Gelugor, Pulau Pinang. Terdapat sebuah projek pembangunan sedang giat dijalankan dengan menambak laut di sepanjang pesisir pantai. Difahamkan oleh nelayan disitu, akan dibina apartmen mewah yang berharga mencecah RM1juta per unit di kawasan berkenaan.

Pembangunan seumpama ini memberi kesan yang sangat menekan kepada para nelayan. Sila hayati video di atas. Beliau ialah En Rahim, seorang nelayan yang menerima impak hasil pembangunan yang sedang dijalankan. Inilah suara yang mewakili hati para nelayan.

Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa projek ini sangat menjejaskan kegiatan ekonomi nelayan di kawasan tersebut!

Soalan 1: Pembangunan untuk siapa?
A. Semua pihak.
B. Sesetengah pihak sahaja.

Soalan 2: Pembangunan untuk apa?
A. Kesejahteraan rakyat.
B. Keuntungan peribadi.

Soalan 3: Berlaku penindasan dalam pembangunan?
A. Tidak.
B. Ya.

Apa jawapan ada?
Cenderung kepada A atau B?



^Projek apartment yang memberi kesan kepada nelayan Gelugor.

^Nelayan juga mempunyai hak untuk bersuara. Mengapa hak itu tidak diendah?


^Tambakan pasir di laut menyebabkan air sukar masuk ke jeti nelayan dan ini menyekat punca rezeki mereka untuk menyara kehidupan.


^Keadaan jeti nelayan yang dikelilingi oleh 'bukit' pasir.


^"Susah dah nak turun ke laut sekarang. Kena tunggu air masuk", Encik Umar.


^"Duduk saja la, nak ke laut macam mana lagi?", nelayan.


^ Sedang menemuramah para nelayan.



^Keadaan jeti nelayan di Gelugor sekarang. Setiap masa, pasti ada yang menjaganya kerana bimbang jeti dibakar dan dimusnahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.





ALAM SEKITAR SEMAKIN MUSNAH.

ITU HAKIKAT YANG KITA SEMUA TAHU.

TETAPI KITA MASIH BERPURA-PURA TIDAK TAHU.



jangan mula menghargai apabila sesuatu telah musnah dan hilang.
sangat sia-sia.
dan sangat memalukan.


Saturday, November 20, 2010

Tanam Bakau sempena Perkhemahan Unit Beruniform SMK Pendang, Kedah

Pada 14 November lalu, telah diadakan satu aktiviti penanaman bakau. Para peserta perkhemahan unit beruniform dari SMK Pendang, Kedah telah melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti ini. Aktiviti menanam anak pokok bakau merupakan salah satu slot yang terdapat dalam modul perkhemahan kali ini.

Memandangkan kebanyakan ahli CARE IPG KTB sedang sibuk menduduki peperiksaan, dan beberapa kekangan lain seperti pengangkutan masa dan kos, maka tiada wakil yang dihantar untuk menyertai program ini. Walaubagaimanapun, penulis berkesempatan menghadirkan diri ke sana pada hari kedua perkhemahan dengan harapan dapat membina jaringan antara CARE IPG KTB bersama masyarakat akar umbi termasuk warga sekolah SMK Pendang.

Tarikh: 13-15 November 2010
Peserta: 100 orang pelajar SMK Pendang.
Penganjur: Unit Ko Kurikulum SMK Pendang dengan kerjasama Kelab Puncak dan Sahabat Alam Malaysia.

















Saturday, May 22, 2010

Apa itu pemuliharaan?

Pemuliharaan sumber alam bermaksud usaha-usaha melestarikan bekalan sumber alam yang telah diteroka menerusi usaha-usaha memelihara dan membaik pulih sumber setelah digunakan, terutama sumber yang boleh diperbaharui seperti air dan hutan supaya sumber tersebut tidak pupus atau tidak boleh digunakan lagi. Miaslnya, program penanaman semula anak pokok bakau, penghutanan semula dan rawatan semula air.


dipetik dari http://notapismp.blogspot.com/

Wajib asingkan sampah menjelang 2013

Wajib asingkan sampah menjelang 2013
May 20, 10 6:13pm


Setiap isi rumah di negara ini akan diwajibkan mengasingkan sampah mengikut sisa organik dan bahan kitar semula menjelang 2013 yang bertujuan mengawal limpahan sisa pepejal yang semakin meningkat setiap tahun.

bagan pinang kong chor har 051009.jpgMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, rancangan untuk mewajibkan pengasingan sampah di rumah itu kelak diharap dapat memudahkan proses kitar semula plastik, kertas dan kaca di samping menjadikan sisa organik sebagai bahan kompos.

“Kita mahu mengamalkan konsep 3R iaitu kurangkan, kitar dan guna semula (reduce, reuse, recycle) di samping menjadikan sisa organik sebagai bahan kompos untuk mengurangkan pergantungan kepada tapak pelupusan sampah.

Menurut Kong, setiap tahun pihak berkuasa tempatan (PBT) membelanjakan kira-kira RM1 bilion khusus untuk menguruskan sisa buangan pepejal dalam negara.

urban household electricity poll 300506 garbagesBeliau berkata, secara purata mereka menggunakan antara 30 dan 80 peratus daripada perolehan khusus untuk menguruskan sisa buangan itu.

"Secara global, PBT membelanjakan antara 20 dan 50 peratus daripada perolehan mereka untuk menguruskan sisa buangan," katanya dalam ucapannya pada majlis perasmian Persidangan dan Pameran Pengurusan Sisa Buangan anjuran Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia (ENSEARCH) di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara di Kuala Lumpur hari ini.

Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Buangan Pepejal, Datuk Dr Nadzri Yahaya.

Beliau berkata, pada tahun 2002, secara purata rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 17,000 tan sisa buangan setiap hari dan angka itu bertambah kepada 19,000 tan sehari pada 2005.

Katanya, angka itu dijangka meningkat kepada 30,000 tan sehari menjelang tahun 2020.
Friday, April 9, 2010

JOM SELAMATKAN BUMI DENGAN JIMAT TENAGA!


Macam-macam: Tutup pasar raya untuk jimat elektrik 2010/04/09

MANILA: Kerajaan Filipina yang berdepan masalah kekurangan tenaga elektrik berikutan musim kemarau akan meminta pusat beli-belah dan kilang menutup operasi selama beberapa hari bagi memastikan bekalan tidak terganggu pada pilihan raya umum 10 Mei depan. Setiausaha Tenaga, Jose Ibazeta, berkata mesin pengimbas akan digunakan untuk kali pertama bagi mengira undi secara elektronik, tetapi sebilangan pemerhati melahirkan kebimbangan ia mungkin gagal dilakukan jika bekalan elektrik terputus. – AP







--------------------



Tip di bawah mampu membantu anda menjadi tegas agar tidak terus membazir tenaga.
  1. Apabila memasak terutama ketika merebus, tutuplah periuk agar makanan cepat masak. Dengan cara ini anda dapat menjimatkan penggunaan gas dan elektrik.
  2. Tungku dapur yang tinggi juga akan menyebabkan pembaziran berlaku. Makanan lambat masak dan sudah pasti penggunaan gas berganda dari keperluan sebenar. jangan pandang remeh kerana ia melibatkan wang.
  3. Jika hendak memasak air, jangan isi terlalu penuh. Sedikit air, sedikit tenaga yang digunakan. Dan sedikit wang yang mengalir.
  4. Matikan suis atau dapur dengan segera setelah makanan atau air masak. Kelalaian anda akan menyebabkan kerugian di akhir bulan.
  5. Apabila menggunakan ketuhar, masak lebih daripada satu jenis makanan.
  6. Isilah peti sejuk anda dengan makanan kerana lebih banyak tenaga yang terbazir apabila peti sejuk tidak diisi. Sekurang-kurangnya buatlah ais krim atau air batu. Ingat anda perlu sentiasa memandang berat setiap pembaziran yang bakal berlaku.
  7. Jangan tempatkan dapur atau periuk elektrik bersebelahan dengan peti sejuk. Haba panas akan merosakkan sistem penyejukan. Jumlah tenaga yang digunakan akan terus meningkat dan makanan anda mungkin cepat busuk.
  8. Pastikan makanan yang telah dimaska benar-benar sejuk jika hendak disimpan dalam peti sejuk. Jika tidak tenaga elektrik yang digunakan meningkat secara mendadak untuk menyejukkan makanan tersebut. Jika setiap hari keadaan begini dibiarkan berlaku, naik lagilah bil elektrik anda.
  9. Nyah beku peti sejuk selalu dan jangan buka jika tidak perlu. Jangan biarkan anak-anak membuka peti sejuk sesuka hati tanpa sebab.
  10. Jika membasuh sayuran, pinggan mangkuk dan ketika mandi, elakkan daripada membuak air terlalu kuat. Apabila air dibuka dengan kuat, meter akan bergerak laju. Jika setiap hari lebih daripada sepuluh kali anda berbuat begitu, jangan terkejut apabila bil melambung tinggi. Jika hendak mandi pastikan air kolam sentiasa penuh.
  11. Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan muatannya penuh. Jika tidak, anda bukan sahaja membazir air tetapi juga elektrik.
  12. Biasakan memadam lampu setiap kali tidak diperlukan. Jangan ‘berpesta lampu’ satu rumah. Pasanglah lampu tidur dengan watt yang rendah.
Semua perkara di atas mampu mengurangkan bila and sehingga 15 peratus penjimatan elektrik sebulan. Jadi mulakan langkah penjimatan anda sekarang. Didik ahli keluarga melakukannya.




JIMAT TENAGA. ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!
Monday, April 5, 2010

LOGO TERBARU CARE IPG KTB

Wednesday, March 31, 2010

PROMOSI T SHIRT CARE! HARGA RUNTUH :)




HARGA RUNTUH sehingga 4 April sahaja!

TARIKH TUTUP TEMPAHAN : 3 APRIL 2010



:))

HUBUNGI SAUDARI ATTIQ : 0195150059

DAPATKAN SEGERA




Tuesday, March 2, 2010

HEBAHAN PROGRAM : TAYANGAN VIDEO DAN DISKUSI ILMU

Friday, February 19, 2010

TAK PA mengundang BINASA


Siapa kata "Tak Pa" itu tak apa?
Kerana sifat "Tak Pa" kita, bumi semakin merintih menderita.
Apa kalian mendengar?
Mustahil.
Kalian hanya mendengar apa yang kalian mahu dengar.
Bila yang membahagiakan kalian, diraihnya seluas lautan.
Namun bila yang menyesakkan dada, kalian tutup mata begitu sahaja?
Walhal yang akan menerima padah adalah anak cucu kalian juga!
Manusia memang begitu.

Untuk merubah sesuatu, bermula dari dalam diri.
Masa untuk berubah itu bergantung pada kalian.
Untuk apa tunggu esok hari?
Apa jika esok tidak muncul?
Nah rasai deritanya bumi!

Surah Ar Ra'd ayat 11 untuk peringatan bersama.
Thursday, January 14, 2010

BAHAYA POLISTERIN DAN KESAN PENGGUNAANNYA

BAHAYA POLISTERIN DAN KESAN PENGGUNAANNYA

Oleh : NURHAFIZAH BINTI HUSIN

            Polisterin? Pada sesiapa yang peka dengan isu alam sekitar  pasti sudah dapat terbayang keburukannya apabila perkataan polisterin disebut. Pada era langit yang terbuka ini, penggunaan polisterin semakin berleluasa bukan sahaja di negara Malaysia malah di seantero dunia.

             Jika kita lihat di dada-dada akhbar,sering kali permasalahan alam sekitar menjadi tajuk utama.Penggunaan  polisterin adalah salah  satu  penyebab berlakunya masalah  alam sekitar di negara ini dan ini memerlukan perhatian yang tinggi untuk mengurangkan penggunaan polisterin dan seterusnya mengharamkan terus penggunaannya.




            Kenapa kita mesti mengharamkan polisterin?Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan. Menurut kajian,Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan  dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

            Untuk pengetahuan umum juga, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetic yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah manusia juga. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan  sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid.



           Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.Tambahan pula,hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental Research(IEER) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang ke-5 paling bahaya.

          Jadi,tiada sebab lagi yang boleh kita bantah daripada mengharamkan penggunaan polisterin.Kita seharusnya tidak memandang enteng tentang bahaya yang akan timbul ekoran daripada penggunaan polisterin. Alternatif yang boleh kita guna untuk menggantikan penggunaan polisterin ini antaranya adalah membawa bekas makanan sendiri yang dijamin tidak memudaratkan, ‘order’ makanan yang tidak menggunakan polisterin dan bawa makanan sendiri dari rumah.

          Usaha pengharaman penggunaan polisterin haruslah menjadi perhatian semua pihak. Sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan perubahan drastik jika tiada satu usaha agresif tidak dipraktikkan dalam menghapuskan penggunaan polisterin. Oleh sebab itu, pihak berkaitan seperti Kementerian  Sumber Asli dan Alam Sekitar haruslah bekerja keras dalam merangka jalan penyelesaian dalam mengurangkan bekas makanan dan cawan polisterin terutamanya di majlis-majlis.Alam sekitar adalah anugerah dari Tuhan, jadi ,menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk menjaganya bukan memusnahkannya.


RUJUKAN:
1.http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg05582.html.
2. http://kdoclass0809.blogspot.com/2009/03/keburukan-penggunaan-polisterin.html
Kepupusan Flora dan Fauna

Kepupusan flora dan fauna berlaku akibat aktiviti manusia yang tidak terkawal. Aktiviti manusia yang boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna ini adalah seperti pembuangan sisa kilang yang tidak dirawat, tumpahan minyak dari kapal laut, penggunaan racun serangga, kegiatan pembalakan haram, pembuangan sampah sarap dan banyak lagi.

Sebagai contoh, minyak yang tertumpah ke laut akan menghalang kemasukan udara ke dalam air laut. Justeru, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati. Sungai yang dipenuhi dengan sampah sarap akan menghalang sinaran matahari masuk ke dalamnya. Hal ini akan menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air.

Selain itu, racun serangga yang disembur ke atas tanaman akhirnya akan meresap masuk dan berkumpul dalam tanah apabila berlakunya hujan atau ketika disiram. Haiwan yang hidup di bawah tanah akan mati akibat pengumpulan racun ini.

Kekurangan Bekalan Air

Pertambahan penduduk di sesebuah kawasan akan menyebabkan permintaan terhadap sumber air tawar meningkat, seterusnya menyebabkan berlakunya krisis kekurangan sumber air tawar. UNESCO menjangkakan bahawa amaun air tawar per seorang akan berkurangan daripada 33 000 m³ (1.2 million kaki persegi) setahun pada tahun 1850 kepada 8500m³ (300 000 kaki persegi) pada masa kini.

Pada tahun 2025, sebanyak 48 buah Negara dijangkakan akan mengalami kekurangan sumber air tawar dengan saiz penduduk tiga billion orang. Kini negara China yang mempunyai bilangan penduduk terbesar di dunia mengalami kekurangan sumber air tawar.

Jumlah sumber air tawar yang sedia ada hanya mampu menampung 650 juta penduduk (bilangan penduduk pada masa kini ialah 1.2 billion.)