WE CARE!

Showing posts with label Berita CARE. Show all posts
Showing posts with label Berita CARE. Show all posts
Sunday, January 9, 2011

Perjumpaan Kali Pertama Tahun 2011



p/s: sebarang perubahan tempat akan dimakluman kelak jika ada.


Misi CARE adalah untuk membina masyarakat yang
menghargai alam semulajadi melalui pendidikan.
Thursday, January 6, 2011

'Casabrina Villa' Tempat Percutian Untuk Pencinta Alam


Wednesday, January 5, 2011

Jom jadi ahli Rakan Alam Sekitar!

Jom ramai-ramai kita sertai Rakan Alam Sekitar!

Kalau nak tahu apa itu Rakan Alam Sekitar, klik SINI

Bila dah baca dan berminat nak sertai Rakan Alam Sekitar ni, isi borang keahlian. Mudah saja. Cuma klik SINI

^ Contoh borang keahlian.


Bila dah isi semua maklumat yang diperlukan, anda akan mendapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan seperti yang dinyatakan di SINI

Dalam masa beberapa minggu sahaja, anda akan mendapat kad keahlian seperti di bawah ini :)

Sangat mudah dan percuma!


^ Contoh Kad Keahlian Rakan Alam Sekitar.

BEEBE - Misteri menghantui negeri Arkansas apabila lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di sepanjang 32 kilometer tebing dan di permukaan Sungai Arkansas berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe, di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan-ikan tersebut ditemui oleh seorang pemandu bot tunda pada Khamis lalu, 200 kilometer dari Beebe. Pakar alam sekitar percaya bahawa ikan-ikan itu mati akibat penyakit... seterusnya ..Laporan KOSMO!

Tuesday, January 4, 2011

PERTANDINGAN FOTOGRAFI FRIM 2011

-Imej kurang jelas-

Untuk maklumat lanjut yang lebih jelas dan tepat, sila lawati:

http://www.frim.gov.my/
Monday, January 3, 2011

Perutusan Tahun Baru 2011 YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Oleh :YB Dato Sri Douglas Uggah Embas
Tempat : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Tarikh Ucapan :1 Januari 2011


MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR



Salam Satu Malaysia.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua penjawat awam NRE dan Jabatan serta Agensi di bawahnya. Sesungguhnya, masa beredar dengan begitu pantas dan kini kita berada di ambang tahun 2011. Telah menjadi kebiasaan apabila tiba tahun baru, kita membina azam baru untuk dijadikan sebagai arah tuju dan panduan kita demi kecemerlangan NRE, Jabatan dan agensinya.

Bagi kita di NRE, secara amnya ia tertumpu kepada usaha untuk terus memperkukuh proses transformasi bagi menerajui sektor pengurusan sumber asli dan alam sekitar peringkat yang lebih tinggi, di samping menjayakan pembangunan sosio-ekonomi Negara. Kita perlulah bersedia untuk mengatasi cabaran dan persaingan global dalam usaha mencapai status negara berpendapatan tinggi selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga NRE dan semua jabatannya atas kejayaan kita sepanjang tahun 2010, terutama dalam pencapaian sasaran MKRA. Antara kejayaan kita ialah pelaksanaan projek tebatan banjir, pengekalan kualiti udara bersih, penanaman bakau, penyelesaian permohonan pembahagian pusaka kecil di Semenanjung Malaysia dan pengurangan gas-gas rumah hijau.

Kejayaan-kejayaaan lain ialah pendaftaran pindah milik tanah dalam masa 1 hari; pelancaran Dasar Perubahan Iklim Negara; Kempen Menanam 26 Juta Pokok di seluruh negara; kelulusan Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 di Parlimen serta memuktamadkan keperluan-keperluan untuk menguatkuasakan Akta Bioselamatan.

Bagi saya, pencapaian dan kejayaan kita setakat ini adalah baik dan membanggakan. Tetapi sebagai warga NRE yang komited , kita semua harus terus berusaha lagi bagi mempertingkatkan lagi pencapaian agar memperoleh kejayaan yang lebih gemilang lagi pada tahun 2011. Lebih-lebih lagi tahun 2011 merupakan tahun pertama dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015).

Bagi tahun 2011 dan seterusnya, NRE juga perlu memperkukuhkan lagi usaha pemantauan dan penguatkuasaan dalam kegiatan-kegiatan di bawah bidang kuasanya. Di antaranya, termasuklah penguatkuasaan kawalan pelepasan asap berlebihan (termasuk asap hitam), pembalakan haram, penyeludupan hidupan liar dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada warga NRE, khususnya yang terlibat dalam bidang penguatkuasaan supaya menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi ke arah mempertingkatkan lagi imej positif NRE di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sejajar dengan program transformasi kerajaan, saya berharap warga NRE akan terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, memperkayakan pengalaman serta bertindak secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam menyumbang kepada budaya kerja berprestasi tinggi. Tentunya kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Namun, sekiranya kita tetap bersatu hati, berdisplin serta mengamalkan tadbir urus yang baik, segala cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi akan dapat diatasi selaras dengan konsep 1NRE.

Akhir kata, saya penuh yakin semua penjawat awam NRE, Jabatan dan Agensi dapat menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat demi kegemilangan negara amnya, dan NRE khususnya.



Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.



DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS
Saturday, January 1, 2011

Pasar raya Terengganu setuju kurangkan beg plastik

01/01/2011 4:54pm


KUALA TERENGGANU — Sebanyak 13 pasar raya di sini, Dungun dan Kemaman telah bersetuju memberi kerjasama kepada kerajaan bagi menjayakan kempen ”Kurangkan Penggunaan Beg Plastik”.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, langkah itu akan diperluaskan ke daerah lain di Terengganu dalam masa terdekat.

"Kita harap masyarakat akan memberikan kerjasama bagi menjayakan kempen ini,” katanya kepada pemberita selepas perasmian kempen ”Kurangkan Penggunaan Beg Plastik” peringkat negeri Terengganu, di sini hari ini.

A. Rahman berkata, mulai hari ini dan setiap Sabtu selepas ini, pasar raya berkenaan tidak akan membekalkan beg plastik percuma kepada pengguna.

Sebaliknya pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik jika mereka memerlukannya dan sebahagian daripada wang itu akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan pengguna Terengganu, kata beliau. — Bernama

Sumber
Pulau Pinang tanpa beg plastik setiap hari mulai 1 Januari 2011.





GEORGETOWN: Mulai 1 Januari 2011, semua pasar raya besar (hypermarket), pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak) diminta melaksanakan "hari tanpa beg plastik" setiap hari.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata "hari tanpa beg plastik" itu adalah langkah negeri ini untuk menjadi negeri hijau yang pertama di Malaysia.

"Maklumbalas daripada 73 pengusaha yang menandatangani deklarasi pengurangan penggunaan beg plastik menunjukkan bahawa mulai 1 Julai 2009 hingga 26 Oktober 2010, Pulau Pinang berjaya menjimatkan 32,508,418 beg plastik," katanya ketika pembentangan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata, pasar mini dan premis perniagaan tunggal juga perlu mematuhi syarat baru semasa pembaharuan lesen iaitu melaksanakan "hari tanpa beg plastik" tiga hari seminggu iaitu pada setiap Isnin, Selasa dan Rabu.

Kerajaan negeri akan menghebahkan program itu melalui pelbagai pendekatan seperti mendirikan papan iklan dan mengedarkan 500,000 risalah untuk menerangkan kepentingan 'hari tanpa beg plastik'," katanya.

Lim berkata, kerajaan negeri juga akan mewujudkan Pusat Sumber Alam Sekitar di Tanjong Bunga, yang akan berfungsi sebagai pusat penghasilan EM Mudball, Garbage Enyzme dan tapak simpanan pokok-pokok. - BERNAMA

Sumber
Saturday, May 22, 2010

Wajib asingkan sampah menjelang 2013

Wajib asingkan sampah menjelang 2013
May 20, 10 6:13pm


Setiap isi rumah di negara ini akan diwajibkan mengasingkan sampah mengikut sisa organik dan bahan kitar semula menjelang 2013 yang bertujuan mengawal limpahan sisa pepejal yang semakin meningkat setiap tahun.

bagan pinang kong chor har 051009.jpgMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, rancangan untuk mewajibkan pengasingan sampah di rumah itu kelak diharap dapat memudahkan proses kitar semula plastik, kertas dan kaca di samping menjadikan sisa organik sebagai bahan kompos.

“Kita mahu mengamalkan konsep 3R iaitu kurangkan, kitar dan guna semula (reduce, reuse, recycle) di samping menjadikan sisa organik sebagai bahan kompos untuk mengurangkan pergantungan kepada tapak pelupusan sampah.

Menurut Kong, setiap tahun pihak berkuasa tempatan (PBT) membelanjakan kira-kira RM1 bilion khusus untuk menguruskan sisa buangan pepejal dalam negara.

urban household electricity poll 300506 garbagesBeliau berkata, secara purata mereka menggunakan antara 30 dan 80 peratus daripada perolehan khusus untuk menguruskan sisa buangan itu.

"Secara global, PBT membelanjakan antara 20 dan 50 peratus daripada perolehan mereka untuk menguruskan sisa buangan," katanya dalam ucapannya pada majlis perasmian Persidangan dan Pameran Pengurusan Sisa Buangan anjuran Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia (ENSEARCH) di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara di Kuala Lumpur hari ini.

Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Buangan Pepejal, Datuk Dr Nadzri Yahaya.

Beliau berkata, pada tahun 2002, secara purata rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 17,000 tan sisa buangan setiap hari dan angka itu bertambah kepada 19,000 tan sehari pada 2005.

Katanya, angka itu dijangka meningkat kepada 30,000 tan sehari menjelang tahun 2020.