WE CARE!

Showing posts with label bos punye cerita. Show all posts
Showing posts with label bos punye cerita. Show all posts
Friday, March 18, 2011

Melebarkan sayap



CARE IPGKTB terus melebarkan jaringan dengan pelbagai pihak berkaitan alam sekitar.

Terbaru, pada 17 Mac 2011, CARE telah berjaya membina jaringan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang.

Bertempat di Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara, kehadiran CARE disambut baik oleh pegawai perhubungan JAS negeri, Puan Hasmah. Saya mewakili CARE telah membincangkan beberapa perkara berkaitan program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama JAS.

Perbincangan selama 30 minit bersama pegawai JAS membuah hasil apabila pihak mereka bersetuju memberi bimbingan dan sokongan serta kerjasama dalam melaksanakan aktiviti CARE pada masa hadapan.

CARE akan terus mempergiatkan usaha dalam mencari dan membina jaringan dengan agensi luar bagi memastikan usaha melestarikan alam sekitar melalui pendidikan dapat direalisasikan suatu hari nanti.



Friday, January 7, 2011

Semangat CARE 2011! Terus Melangkah.



Salam.

Salam perjuangan. Salam Kehijauan. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.

Untuk seluruh Sukarelawan CARE dan mereka yang berjuang sebagai khalifah di bumi Allah s.w.t,

Sebagai manusia, kita sentiasa mengharapkan kebahagiaan dan keselesaan hidup, kita diwajibkan mensyukuri dan menghargai setiap kurniaan nikmat daripada Allah s.w.t. yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan manusia. Nikmat air, udara, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya merupakan ciptaan Allah sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di atas muka bumi. Kerana itulah Islam sangat mementingkan soal menjaga dan memelihara alam sekitar. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ibrahim ayat 32-34 yang bermaksud :

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan tadi, buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu, dan dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu mengambil manfaat darinya. Dan dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan dia yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu . dan dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu mahu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia yang ingkar sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya ".

Allah s.w.t. telah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Sebagai khalifah Allah kita wajib patuh dan taat kepada perintah-Nya. Maka, seharusnya kita hendaklah memakmurkan dan memelihara bumi kurniaan Allah ini, bukannya dengan melakukan kerosakan, melakukan pencemaran dan sebagainya. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan sepertimana firman-nya dalam surah al-Baqarah ayat 205:

Bermaksud : " Dan apabila ia berpaling ( dari kamu ), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak dan Allah tidak menyukai kebinasaan ".



Mengikut kajian, umur dunia ini dianggarkan sudah hampir 4.5 bilion tahun. Dalam masa yang begitu lama, manusia hanya wujud tidak sampai satu peratus (1%) pun dari umur dunia ini. Akan tatapi kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab dan rakus, terutama sejak kebelakangan ini sudah terlalu banyak sehingga merubah keadaan dunia dan masyarakat dunia mula bimbang dengan perubahan suhu dunia. Antaranya cuaca menjadi semakin panas, banyak gas beracun dilepaskan ke udara, perubahan cuaca yang mendadak dengan udara kering, panas, hujan, banyak hutan yang terbakar, berlakunya jerebu, berlakunya banjir, pencemaran sungai, tanah runtuh, dan sebagainya. Renungilah firman Allah dalam surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud :

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia ; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat ) ".

Kita harus sedar bahawa kehidupan kita tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tatapi juga hubungan kita dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang kita nikmati adalah hasil daripada kelangsungan kehidupan yang mesra antara manusia dengan alam sekitar.

Justeru dalam mengejar kemajuan dan pembangunan, janganlah kita cenderung untuk membangunkan aspek fizikal secara tamak haloba dan rakus, tanpa mengambil kira faktor-faktor keselamatan, pencemaran atau taksiran kerosakan terhadap alam sekitar. Akibatnya keseimbangan isi alam tidak dapat dikekalkan, maka ia mengundang bencana dan malapetaka kepada manusia. Kerana itulah, kita sebagai khalifah Allah adalah bertanggungjawab menjaga dan memelihara alam ini, supaya kesejahteraan kehidupan kita dan alam sekitar ini dapat dipertahankan serta diwarisi untuk generasi akan datang.



Alam sekitar yang begitu indah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t, ini perlu dipelihara dan ditadbir melalui kaedah atau pendekatan yang seimbang lagi menyeluruh. Pembangunan modal insan yang berteraskan kepada kehidupan nilai-nilai murni agama, dipercayai dapat membantu memulihara alam sekitar ini dari terus dirosak dan dimusnahkan. Kita semua mestilah mengambil peranan untuk sama-sama memulihara dan menjaga alam sekitar yang berada disekeliling kita, baik kita pegawai kerajaan, sebagai petani, peladang, pengusaha kilang, pengusaha kedai makan, orang awam dan sesiapa sahaja agar hasrat murni ini dapat dicapai.

Lebih 10 tahun yang lalu, kerajaan melancarkan kempen "CINTAI SUNGAI KITA". Ketika itu, semua pihak terutama agensi-agensi kerajaan berkaitan sibuk mengindahkan tebing-tebing sungai serta memasang papan-papan tanda mengajak masyarakat untuk sama-sama menjayakan kempen cintai sungai tersebut.

Tetapi hari ini selepas lebih 10 tahun berlalu, apa yang berlaku terhadap sungai kita? Lebih malang lagi keadaan sungai yang pernah kita "CINTAI" sebelum ini tidak terurus, kotor dan telah tercemar. Media massa kita baru-baru ini telah melaporkan sebanyak 17 batang sungai di negara kita dikenal pasti sebagai telah tercemar teruk dan ianya diakui oleh Jabatan Alam Sekitar.

Persoalannya, kenapa kita gagal menjaga sungai kita atau kenapa kempen tersebut gagal? Jawapannya mudah, ianya disebabkan sikap " TAK PA " ada orang lain yang bertanggungjawab menjaga dan membersihnya. Ditambah lagi kurang kesedaran di kalangan masyarakat kita mengenai tanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar, mereka membuang sampah merata-rata bila berlakunya hujan sampah dibawa arus masuk ke sungai atau bagi mereka yang duduk dipinggir tebing sungai beranggapan membuang sampah ke dalam sungai suatu yang biasa. Apabila biasa, mereka tidak dapat membandingkan apa yang baik dan yang buruk. Inilah yang melekat dalam sebahagian pemikiran masyarakat kita. Maka berlakulah pencemaran sungai sepertimana yang kita semua ketahui.


Antara kesimpulan yang dapat diambil daripada tulisan ini ialah :

1. Islam menuntut kita agar bertanggungjawab dalam menjaga dan memulihara alam sekitar kerana ia merupakan anugerah Allah yang amat bernilai.

2. Kejadian bencana dan musibah yang berlaku hari ini adalah akibat segelintir perbuatan manusia tidak bertanggungjawab yang merosakkan khazanah alam ini.

3. Sebagai umat islam kita tidak sepatutnya melakukan kerosakan dan mencemarkan alam sekitar ini, kerana kebersihan itu adalah separuh daripada iman. sebagaimana Sabda nabi s.a.w. :

Yang bermaksud : " Dari Abi Malik al-Asya'ari katanya, Sabda Rasulullah s.a.w : Kebersihan itu sebahagian daripada iman ".
( Hadis riwayat Muslim )

Ajaran Islam telah meletakkan kepentingan awam perlu diutamakan dan ia melebihi kepentingan individu dalam setiap kegiatan seharian.

Akhirnya, bagi menjamin kehidupan yang selesa dan bahagia kita mestilah menghargai dan memelihara setiap kurniaan Allah s.w.t., janganlah kita menjadi perosak kepada alam ini. Udara yang bersih, air yang jernih, tumbuhan yang menghijau adalah merupakan bukti kebesaran dan ciptaan Allah yang menjadi pelengkap kepada kehidupan manusia. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 25 yang bermaksud :

"Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaannya".


SEMOGA ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN.

Wasalam.


Tuesday, October 20, 2009

Awat jadi lagu ni? (Kenapa jadi begini?)

17 hb oktober lalu, lepas je p survey tempat kat hutan lipur b.m, geng2 CARE menuju ke MENGKUANG DAM pulak. hajatnye nak bawak geng2 CARE dari USM melawat la empangan ni sbb tmpat ni cantik, lawa.. ikan pun comey2.. (ikan keli pun comey apa..).



awan kat langit time tu mmg lawa..cantik.. sejuk je mata memandang walaupun time tu tgh panas terik. tak berkelip aih mata nih.

Kami pun terus la ke tepi tasik..nak tgk ikan2 yg comey tuh..



Terkejutnye kami bl melihat begitu byk ikan yg mati dan terapung d pmukaan air.. bkn satu, bkn dua, tp byk sgt..(cuba tgk dlm gmbr).



Nak kata ikan ni mati sbab xckup mkn, mustahil plak sbb kitorang nampak byk roti yg terapung kat tepi2 tasik tu..



Kami pun mencari la punca ikan tuh mati melalui pemerhatian kasar..

Terdapat satu lapisan semacam lapisan minyak je kat tmpat ikan2 tu mati..mgkin ni la puncanye.

Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. (Surah Al-Mulk ayat 30)

kpd kwn2 sume, sama2 la kita jaga sumber air kita ye. kalau airnye kotor, bkn ikan je..kita pun blh 'out' sama..

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya".(AL-A’RAF 56)


CARE

Caring for the environment!!


Amin.

Thanks Bro..

salam buat semua..



Pertama skali sy nk ucap berbanyak trima kasih pd team walk n click yg p kmbara kat hutan lipur bkt mertajam ritu.. smangat n pgorbanan korang sgt2 dihargai.. walaupun kmbara kita tu xmcm kmbara pun, tp rasanya banyak input yg korg blh dpt.

Dalam keadaan tergesa2 n masa yg amat singkat, kita sama2 dah tgk iklim n environment hutan kat b.m nih.. org kata, bl kita lihat..kita ingat.



harap2 lepas nih kalo d ajak utk p walk n click lg, korang dpt ikut la. geng2 len pun dialu2kan utk join. apa yg penting selain kerjasama ialah - - korang musti ada motor..xpun tumpang member yg ada moto. sbbnye kita bergerak dgn 'kuda' tu je. kalo nek keta, alamatnya mkn masa la skit..



ni walk n click yg pertama care iptb buat..dan akan ada byk lg kmbara mcm ni utk korg join.

kalo rajin, bg la idea utk p mana2.. blh deal lg benda nih..


Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman.

Ali’ Imran 139



Amin
Tuesday, October 13, 2009

Kisah Hutan Lipur B.M


“Huh..lamanya seminar nih..mata pun dah berat sgt2 dah..”, sy mngeluh panjang..sambil dok jeling2 tgk jam member..ntah mcm mana harini blh trlupa plak nak pakai jam.

Tengah dok ngantuk2 tu, tetiba henset bunyi..tuit2..tuit2..ada mesej la plak.. sapa la yg antaq msj ptg2 ni?

Bila tgk kat inbox tu, kuar nama attiq..

“Syam, taw x jln p hutan lipur bukit mertajam? Kak fatin ada kat iptb skrg. Kat surau”..

Ahh sudah..awat plak dah nih?..terpinga-pinga la jgak dlm bbrpa saat.. dalam hati ni tertanya2 , sejak bl plak kat b.m nih ada hutan lipur? Dah dkat 2 tahun dah blajaq kat sini..ni baru first time yg pertama sy dgq..huhuhu..

Syam: xtau la attiq..xbesa dgq lg la stakat neh..:P

Attiq: ang tlg lead kak fatin p sana, ok?

Blh je.. kak fatin dah mai jauh2 dah. So ok jelah.. utk program kami jgak : ) lgpun skrg ni sy tgh dok cari2 tempat nak buat aktiviti utk bebudak care iptb sket. Org tua2 kata, sambil menyelam, minum ayaq.. (ni org tua2 kat utara yg ckp).

So, time tu jgak la sy dok kalut tanya org yg tau jalan kat area2 b.m nih.. en azmi (penceramah) dok pulun bagi seminar kat depan, saya dok pulun mintak peta kat org..hehehe..sory ye encik.

Syam: Pssttt...ustaz afif, tau dak hutan lipur b.m kat mana? Depa kata area2 ceruk tok kun..

U.Afif: Hutan tu ana xtau la..tp ceruk tok kun tu ana tau..

Time tu jgak sy huluq kertas kat ustaz afif bg dia contiang2 (conteng2) skit peta tempat tuh..

Syam: “ok, makaseh noo..nanti ana try cari..” cewah..sy pun ckap ana2 jgak..:)

Huh..masih rasa xpuas hati dgn maklumat yg rasanya blum cukup tu, sy cari plak si ciffi..mmber yang mmg pure org seberang perai.. cari punya cari punya cari...jumpa la dia kat blakang dewan nuu..tengah dok melayan notebooknya.. (dia pun xlayan seminar tu dah..:))

Syam: Cip, bg direction sket nak p hutan lipur b.m blh?

Cip: blh ja..meh sini kita guna teknologi (sambil dok bukak google earth kat notebook beliau).. ha..tekan sini..tekan sini..haa..kita try taip hutan lipur bukit mertajam..

Scanning in progress.............tuit2....not found la plak..

Adeh..xpa2, taip kampung ceruk tok kun..dia dkat dah ngan hutan tuh..

Scanning.............. ha..jumpa dah. Alhamdulillah.

Syam: mak oii, senang ja noo guna menatang neh.. kagumnya aih!!

Cip: ha..teknologi..

Bila dah tgk secara realnye, blh agak dah la sket2 kat mana hutan lipur tuh..xla jauh sgt.. nak p sorg xbrani..so sy ajak la mmber yg bernama Noh nih.. noh ni mmg sng nak buat keje ngan dia..ckp la pa pun..mesti jadik punye..

Tuit2..tuit2.. mesej bunyi lg..

“kome kat ne? Akak abes solat dah”. Kak fatin antaq msj..agaknya lama dah tggu sy tuh.. adeh..baru 4.38..seminar hbes kul 5.. akak kena tggu lbh krg 20 minit lg nih..

Kak fatin: xpe. Akak tggu dlm kete sebelah dwn aminuddin baki ni.

Baguihnya.. : )

Tup2 dah pukui 5..hbis jek seminar, sy ngan noh terus p surau..smayang asaq dulu..hbis jek smayang baru p jmpe kak fatin..

Oho..kak fatin mai dgn kak wahid n liza rupenye..dgn saga baru..ehem..tak dan nak tanya sapa punya..

Dipendekkan cerita, kak fatin ni mai dari kul 3 td lg..siap sesat2 lg time nak p cari hutan tuh.. hehehe..teringat akak ckap masa meeting care iptb ritu..tak ada perjuangan yang mudah..kalau perjuangan tu terlalu mudah, berpatah balik dan mulakanlah semula..there’s must be wrong somewhere..”

So, kak fatin nak suruh sy n noh lead dia ke htn lipur tuh.. bl tgk jam, dah pukul 5.20 ptg dh..time org balik keje, budak2 skolah pun nak balik dah..jalan confirm jem teruk punye kat pekan b.m nuu.. bincang punya bincang, last skali kitorang decided biar noh ngan sy jek p ngan moto..snang skit nak mencelah-celah..



Dari iptb nk p ke sana makan masa 20 minit.. bl sampai jek kat sana dlm pukul 6 ptg tu, punye la ramai org.. tmpat joging rupenye..



sy ngan noh pun p la ronda2 kejap kat dalam kawasan tuh..nak cari tmpat yg sesuai utk camping sprti yg disuruh oleh kak fatin. kmudahan2 yg kami tgk ada kat situ ialah surau, kafe, chalet, trek joging, tmpat mandi, jeram, pondok2 wakaf n mcm2 lg la.. tp yg xbestnye, masa kami ronda cari kawasan tu, ternampak plak dgn sekor ba alif ba ya.. ni first time aa sy tgk menatang tuh real2 dlm hutan.. haa..mula la rasa mcm xselamat jek nak djadikan tmpat camping.



Kami jalan lg.. nah.. ada lg menatang. Lotong ka monyet tak tau la tp spesis yg ekor panjang la jgak. Siap main curik2 makanan org lagi tu. dah tu bersila makan atas keta org..adeh..buleh ka camping kat sini..mcm susah jek.. Perjuangan! hekhekhek..



Kami jalan2 lg. Lor..ada byk la plak anjing kat atas neh.. mcm2 kaler ada.. siap merayau2 depan surau lg.. mcmana ni? Sy dgn noh mula aa pk yg tmpat ni xsesuai utk camping..



“Pak cik xpenah la lg dgr ada org camping kat sini dik”. Kata sorg pak cik bl sy tanya pasal camping kat sini.

Jd btol la sy n noh teka..mmg xslamat nk camping kat sini. Antara faktor utamanye – byk sgt menatang yg xhalai kat sini..takut la jgak kan. Tp papepun, ni pendapat awai kami je berdasarkan pemerhatian kali pertama tu. Belum jumpa pun lg dgn pegawai renjer kat situ. Diorg lg arif..

Xkesah la ape pun..yg penting, kita kena terus berjuang untuk alam dan jadilah seorang aktivis alam sekitar yang baik.

Amin.



p/s: anda xdigalakkan guna gaya bahasa yg mcm ni dlm peksa. hlg byk mrkah nanti. ntah2 1 markah pun xdapat nanti. ni tulisan santai2 jek..: )