Macam-macam: Tutup pasar raya untuk jimat elektrik 2010/04/09
MANILA: Kerajaan Filipina yang berdepan masalah kekurangan tenaga elektrik berikutan musim kemarau akan meminta pusat beli-belah dan kilang menutup operasi selama beberapa hari bagi memastikan bekalan tidak terganggu pada pilihan raya umum 10 Mei depan. Setiausaha Tenaga, Jose Ibazeta, berkata mesin pengimbas akan digunakan untuk kali pertama bagi mengira undi secara elektronik, tetapi sebilangan pemerhati melahirkan kebimbangan ia mungkin gagal dilakukan jika bekalan elektrik terputus. – AP--------------------
Tip di bawah mampu membantu anda menjadi tegas agar tidak terus membazir tenaga.
- Apabila memasak terutama ketika merebus, tutuplah periuk agar makanan cepat masak. Dengan cara ini anda dapat menjimatkan penggunaan gas dan elektrik.
- Tungku dapur yang tinggi juga akan menyebabkan pembaziran berlaku. Makanan lambat masak dan sudah pasti penggunaan gas berganda dari keperluan sebenar. jangan pandang remeh kerana ia melibatkan wang.
- Jika hendak memasak air, jangan isi terlalu penuh. Sedikit air, sedikit tenaga yang digunakan. Dan sedikit wang yang mengalir.
- Matikan suis atau dapur dengan segera setelah makanan atau air masak. Kelalaian anda akan menyebabkan kerugian di akhir bulan.
- Apabila menggunakan ketuhar, masak lebih daripada satu jenis makanan.
- Isilah peti sejuk anda dengan makanan kerana lebih banyak tenaga yang terbazir apabila peti sejuk tidak diisi. Sekurang-kurangnya buatlah ais krim atau air batu. Ingat anda perlu sentiasa memandang berat setiap pembaziran yang bakal berlaku.
- Jangan tempatkan dapur atau periuk elektrik bersebelahan dengan peti sejuk. Haba panas akan merosakkan sistem penyejukan. Jumlah tenaga yang digunakan akan terus meningkat dan makanan anda mungkin cepat busuk.
- Pastikan makanan yang telah dimaska benar-benar sejuk jika hendak disimpan dalam peti sejuk. Jika tidak tenaga elektrik yang digunakan meningkat secara mendadak untuk menyejukkan makanan tersebut. Jika setiap hari keadaan begini dibiarkan berlaku, naik lagilah bil elektrik anda.
- Nyah beku peti sejuk selalu dan jangan buka jika tidak perlu. Jangan biarkan anak-anak membuka peti sejuk sesuka hati tanpa sebab.
- Jika membasuh sayuran, pinggan mangkuk dan ketika mandi, elakkan daripada membuak air terlalu kuat. Apabila air dibuka dengan kuat, meter akan bergerak laju. Jika setiap hari lebih daripada sepuluh kali anda berbuat begitu, jangan terkejut apabila bil melambung tinggi. Jika hendak mandi pastikan air kolam sentiasa penuh.
- Apabila menggunakan mesin basuh, pastikan muatannya penuh. Jika tidak, anda bukan sahaja membazir air tetapi juga elektrik.
- Biasakan memadam lampu setiap kali tidak diperlukan. Jangan ‘berpesta lampu’ satu rumah. Pasanglah lampu tidur dengan watt yang rendah.
Semua perkara di atas mampu mengurangkan bila and sehingga 15 peratus penjimatan elektrik sebulan. Jadi mulakan langkah penjimatan anda sekarang. Didik ahli keluarga melakukannya.
Sumber artikel : BHARIAN ONLINE & LIFERELAX.BLOGSPOT
JIMAT TENAGA. ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!