CARE IPGKTB terus melebarkan jaringan dengan pelbagai pihak berkaitan alam sekitar.
Terbaru, pada 17 Mac 2011, CARE telah berjaya membina jaringan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang.
Bertempat di Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara, kehadiran CARE disambut baik oleh pegawai perhubungan JAS negeri, Puan Hasmah. Saya mewakili CARE telah membincangkan beberapa perkara berkaitan program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama JAS.
Perbincangan selama 30 minit bersama pegawai JAS membuah hasil apabila pihak mereka bersetuju memberi bimbingan dan sokongan serta kerjasama dalam melaksanakan aktiviti CARE pada masa hadapan.
CARE akan terus mempergiatkan usaha dalam mencari dan membina jaringan dengan agensi luar bagi memastikan usaha melestarikan alam sekitar melalui pendidikan dapat direalisasikan suatu hari nanti.