BAHAYA POLISTERIN DAN KESAN PENGGUNAANNYA
Oleh : NURHAFIZAH BINTI HUSIN
Polisterin? Pada sesiapa yang peka dengan isu alam sekitar pasti sudah dapat terbayang keburukannya apabila perkataan polisterin disebut. Pada era langit yang terbuka ini, penggunaan polisterin semakin berleluasa bukan sahaja di negara Malaysia malah di seantero dunia.
Jika kita lihat di dada-dada akhbar,sering kali permasalahan alam sekitar menjadi tajuk utama.Penggunaan polisterin adalah salah satu penyebab berlakunya masalah alam sekitar di negara ini dan ini memerlukan perhatian yang tinggi untuk mengurangkan penggunaan polisterin dan seterusnya mengharamkan terus penggunaannya.
Kenapa kita mesti mengharamkan polisterin?Bahan pembungkus polisterin yang biasa kita guna mengandungi bahan karsinogen yang boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan. Menurut kajian,Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa(IARC) ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) mengelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.Bahan-bahan kimia daripada bekas itu akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.
Untuk pengetahuan umum juga, stirena adalah suatu mutagen yang boleh mengakibatkan perubahan genetic yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan. Mutagen ini amat berbahaya terhadap alam sekitar malah manusia juga. Pendedahan kepada stirena dapat merendahkan bilangan sel darah merah dan boleh menyebabkan seseorang perempuan itu mengalami gangguan haid.
Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.Tambahan pula,hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental Research(IEER) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang ke-5 paling bahaya.
Jadi,tiada sebab lagi yang boleh kita bantah daripada mengharamkan penggunaan polisterin.Kita seharusnya tidak memandang enteng tentang bahaya yang akan timbul ekoran daripada penggunaan polisterin. Alternatif yang boleh kita guna untuk menggantikan penggunaan polisterin ini antaranya adalah membawa bekas makanan sendiri yang dijamin tidak memudaratkan, ‘order’ makanan yang tidak menggunakan polisterin dan bawa makanan sendiri dari rumah.
Usaha pengharaman penggunaan polisterin haruslah menjadi perhatian semua pihak. Sukar untuk mengharapkan masyarakat melakukan perubahan drastik jika tiada satu usaha agresif tidak dipraktikkan dalam menghapuskan penggunaan polisterin. Oleh sebab itu, pihak berkaitan seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar haruslah bekerja keras dalam merangka jalan penyelesaian dalam mengurangkan bekas makanan dan cawan polisterin terutamanya di majlis-majlis.Alam sekitar adalah anugerah dari Tuhan, jadi ,menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk menjaganya bukan memusnahkannya.
RUJUKAN:
1.http://www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com/msg05582.html.
2. http://kdoclass0809.blogspot.com/2009/03/keburukan-penggunaan-polisterin.html
7 yang |CARE!|:
ramai yg belum sedar bahawa polisterin.. bahaya polisterin boleh sbabkan kanser..nice post.
huhu...mklumat yg bguna blh ltk dlm esaimen pn.nagamah...tq..
blog ni da senyap jeee
Terima kasih.. Sbb sudi berkongsi pasal keburukan polisterin.. Alhamdulillah.. Terima ksih byak2
katenye polisterin boleh digantikan dengan sumber Bumi seperti kulit ubi kayu? betul ke? bagaimana caranye ye?
thank sebab shre keburukan polestrin lagi lagi terhadap makanan.
Kami awal² lagi sudah menetapkan larangan menggunakan polisterin membungkus makanan untuk food delivery cod oleh vendor. Ironinya, vendor² di food delivery apps besar lain masih berdegil & tidak berubah. Harap senario ini akan berubah secepat yang mungkin..
Post a Comment
Show your care!