WE CARE!

Saturday, January 29, 2011

Kembara Alam @ Taman Negara Pulau Pinang

PROGRAM
Walk and Click – Kembara Alam

PENGENALAN
Walk and Click - Kembara Alam adalah satu modul baru dalam CARE IPGKTB. Kembara Alam dilaksanakan dengan tujuan untuk mendedahkan para peserta kepada kepelbagaian hidupan / biodiversiti flora atau fauna. Pendedahan yang bersifat hand-on ini diharap dapat menyemai perasaan cinta dan menghargai alam sekitar dalam diri para peserta. Selain itu juga, program kembara alam yang melibatkan penyertaan peserta dari pelbagai institusi pengajian akan mewujudkan satu jaringan komuniti yang mampu membantu usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kesimpulannya, aktiviti Kembara Alam ini merupakan sesuatu yang wajar dilaksanakan kepada generasi muda sebagai salah satu usaha jangka masa panjang dalam melahirkan sebuah masyarakat yang lestari pada hari mendatang.

TEMPAT
Taman Negara, Teluk Bahang, Pulau Pinang

TARIKH
29 Januari 2011

OBJEKTIF
  • Mendekatkan diri peserta dengan kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat di Malaysia.
  • Menyemai kesedaran peserta terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  • Membina komuniti mahasiswa / guru pelatih yang peka terhadap aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

PESERTA
27 orang Sukarelawan CARE IPGKTB
4 orang Biro Alam Sekitar Persatuan Perkhidmatan Masyarakat Universiti Sains Malaysia

PENGANJUR
Sahabat Alam Malaysia

PENSYARAH PENASIHAT
Encik Adnan Bin Baharom

KLIK SINI Laporan BERGAMBAR Kembara Alam 2011 Taman Negara Pulau Pinang

Album II

0 yang |CARE!|:

Post a Comment

Show your care!