Salam.
Salam perjuangan. Salam Kehijauan. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t.
Untuk seluruh Sukarelawan CARE dan mereka yang berjuang sebagai khalifah di bumi Allah s.w.t,
Sebagai manusia, kita sentiasa mengharapkan kebahagiaan dan keselesaan hidup, kita diwajibkan mensyukuri dan menghargai setiap kurniaan nikmat daripada Allah s.w.t. yang menjadi keperluan asas bagi kehidupan manusia. Nikmat air, udara, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan sebagainya merupakan ciptaan Allah sebagai pelengkap kepada kelangsungan kehidupan manusia di atas muka bumi. Kerana itulah Islam sangat mementingkan soal menjaga dan memelihara alam sekitar. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ibrahim ayat 32-34 yang bermaksud :
"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan tadi, buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu, dan dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu mengambil manfaat darinya. Dan dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan dia yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu . dan dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu mahu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia yang ingkar sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya ".
Allah s.w.t. telah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Sebagai khalifah Allah kita wajib patuh dan taat kepada perintah-Nya. Maka, seharusnya kita hendaklah memakmurkan dan memelihara bumi kurniaan Allah ini, bukannya dengan melakukan kerosakan, melakukan pencemaran dan sebagainya. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan sepertimana firman-nya dalam surah al-Baqarah ayat 205:
Bermaksud : " Dan apabila ia berpaling ( dari kamu ), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak dan Allah tidak menyukai kebinasaan ".
Mengikut kajian, umur dunia ini dianggarkan sudah hampir 4.5 bilion tahun. Dalam masa yang begitu lama, manusia hanya wujud tidak sampai satu peratus (1%) pun dari umur dunia ini. Akan tatapi kerosakan dan kemusnahan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab dan rakus, terutama sejak kebelakangan ini sudah terlalu banyak sehingga merubah keadaan dunia dan masyarakat dunia mula bimbang dengan perubahan suhu dunia. Antaranya cuaca menjadi semakin panas, banyak gas beracun dilepaskan ke udara, perubahan cuaca yang mendadak dengan udara kering, panas, hujan, banyak hutan yang terbakar, berlakunya jerebu, berlakunya banjir, pencemaran sungai, tanah runtuh, dan sebagainya. Renungilah firman Allah dalam surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud :
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia ; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali ( insaf dan bertaubat ) ".
Kita harus sedar bahawa kehidupan kita tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tatapi juga hubungan kita dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang kita nikmati adalah hasil daripada kelangsungan kehidupan yang mesra antara manusia dengan alam sekitar.
Justeru dalam mengejar kemajuan dan pembangunan, janganlah kita cenderung untuk membangunkan aspek fizikal secara tamak haloba dan rakus, tanpa mengambil kira faktor-faktor keselamatan, pencemaran atau taksiran kerosakan terhadap alam sekitar. Akibatnya keseimbangan isi alam tidak dapat dikekalkan, maka ia mengundang bencana dan malapetaka kepada manusia. Kerana itulah, kita sebagai khalifah Allah adalah bertanggungjawab menjaga dan memelihara alam ini, supaya kesejahteraan kehidupan kita dan alam sekitar ini dapat dipertahankan serta diwarisi untuk generasi akan datang.
Alam sekitar yang begitu indah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t, ini perlu dipelihara dan ditadbir melalui kaedah atau pendekatan yang seimbang lagi menyeluruh. Pembangunan modal insan yang berteraskan kepada kehidupan nilai-nilai murni agama, dipercayai dapat membantu memulihara alam sekitar ini dari terus dirosak dan dimusnahkan. Kita semua mestilah mengambil peranan untuk sama-sama memulihara dan menjaga alam sekitar yang berada disekeliling kita, baik kita pegawai kerajaan, sebagai petani, peladang, pengusaha kilang, pengusaha kedai makan, orang awam dan sesiapa sahaja agar hasrat murni ini dapat dicapai.
Lebih 10 tahun yang lalu, kerajaan melancarkan kempen "CINTAI SUNGAI KITA". Ketika itu, semua pihak terutama agensi-agensi kerajaan berkaitan sibuk mengindahkan tebing-tebing sungai serta memasang papan-papan tanda mengajak masyarakat untuk sama-sama menjayakan kempen cintai sungai tersebut.
Tetapi hari ini selepas lebih 10 tahun berlalu, apa yang berlaku terhadap sungai kita? Lebih malang lagi keadaan sungai yang pernah kita "CINTAI" sebelum ini tidak terurus, kotor dan telah tercemar. Media massa kita baru-baru ini telah melaporkan sebanyak 17 batang sungai di negara kita dikenal pasti sebagai telah tercemar teruk dan ianya diakui oleh Jabatan Alam Sekitar.
Persoalannya, kenapa kita gagal menjaga sungai kita atau kenapa kempen tersebut gagal? Jawapannya mudah, ianya disebabkan sikap " TAK PA " ada orang lain yang bertanggungjawab menjaga dan membersihnya. Ditambah lagi kurang kesedaran di kalangan masyarakat kita mengenai tanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar, mereka membuang sampah merata-rata bila berlakunya hujan sampah dibawa arus masuk ke sungai atau bagi mereka yang duduk dipinggir tebing sungai beranggapan membuang sampah ke dalam sungai suatu yang biasa. Apabila biasa, mereka tidak dapat membandingkan apa yang baik dan yang buruk. Inilah yang melekat dalam sebahagian pemikiran masyarakat kita. Maka berlakulah pencemaran sungai sepertimana yang kita semua ketahui.
Antara kesimpulan yang dapat diambil daripada tulisan ini ialah :
1. Islam menuntut kita agar bertanggungjawab dalam menjaga dan memulihara alam sekitar kerana ia merupakan anugerah Allah yang amat bernilai.
2. Kejadian bencana dan musibah yang berlaku hari ini adalah akibat segelintir perbuatan manusia tidak bertanggungjawab yang merosakkan khazanah alam ini.
3. Sebagai umat islam kita tidak sepatutnya melakukan kerosakan dan mencemarkan alam sekitar ini, kerana kebersihan itu adalah separuh daripada iman. sebagaimana Sabda nabi s.a.w. :
Yang bermaksud : " Dari Abi Malik al-Asya'ari katanya, Sabda Rasulullah s.a.w : Kebersihan itu sebahagian daripada iman ".
( Hadis riwayat Muslim )
Ajaran Islam telah meletakkan kepentingan awam perlu diutamakan dan ia melebihi kepentingan individu dalam setiap kegiatan seharian.
Akhirnya, bagi menjamin kehidupan yang selesa dan bahagia kita mestilah menghargai dan memelihara setiap kurniaan Allah s.w.t., janganlah kita menjadi perosak kepada alam ini. Udara yang bersih, air yang jernih, tumbuhan yang menghijau adalah merupakan bukti kebesaran dan ciptaan Allah yang menjadi pelengkap kepada kehidupan manusia. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 25 yang bermaksud :
"Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaannya".

SEMOGA ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN.
Wasalam.
Wasalam.
2 yang |CARE!|:
T^T
OYEAH!! insyaAllah. Semoga kita terus istiqamah berjuang di jalang ini. Allahuakbar!
Subhanallah. Alhamdulillah. InsyaAllah.
Post a Comment
Show your care!