WE CARE!

Pada 26 Disember 2010 yang lalu, maka genaplah 6 tahun peristiwa bencana Tsunami yang melanda negara kita pada tahun 2004 dahulu.

CARE telah bekerjasama dengan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Kelab PUNCAK dalam menjayakan 'PROGRAM PENANAMAN SEMULA BAKAU SEMPENA MEMPERINGATI TRAGEDI TSUNAMI 2004'.

Dalam program berkenaan, sebanyak 200 batang anak pokok bakau telah ditanam di Sungai Batu Besi, Merbok Kedah.

Keadaan air sungai yang tidak mengizinkan menyebabkan para sukarelawan hanya dapat turun pada jam 1 tengah hari (rancangan asal ialah pada jam 9 pagi). Walaupun terpaksa menunggu agak lama, tetapi semangat mereka masih teguh dan tidak berganjak dari kawasan program. Syabas dan tahniah!

Kira-kira jam 3 petang, kesemua anak pokok berjaya ditanam.

p/s: CARE IPTB berjaya menarik minat guru pelatih dari IPG Kampus Sultan Mizan dan IPG Kampus Perlis untuk sama-sama menjayakan program ini. Anda yang berminat juga boleh menyertai aktiviti kesukarelaan CARE! :)


^bekerjasama memelihara alam sekitar.

^ Menyelusuri keindahan Sungai Batu Besi, Merbok.

^ Antara pegawai Sahabat Alam Malaysia dan sukarelawan CARE yang terlibat.

^ Mencari lokasi semaian anak pokok bakau yang sesuai.

^ Bersatu hati. Dari kiri, IPG Tuanku Bainun, IPG Sultan Mizan, IPG Perlis.

^ Kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan perlu dipupuk sejak zaman kanak-kanak.

^ Tanam bakau.

^ Kanak-kanak dan alam sekitar.

^ Tanam hari ini untuk kesejahteraan masa hadapan.

^ Anak pokok bakau yang akan ditanam.

^ Kerjasama.

^ Semangat HIJAU.

^ Pewaris khazanah negara.

^ Green heart.

^ Antara barisan sukarelawan CARE yang terlibat bersama wakil Persatuan Bekas Polis DiRaja Malaysia cawangan Sungai Petani.

^ Setelah selesai, mencuci badan :)

^ Kami generasi pewaris kehijauan negara!

^ Kami sudah CARE! Anda bila lagi? :)

1 yang |CARE!|:

Anonymous said...

saya berminat utk menganjurkan csr seumpama ini..macam mana nk dptkan anak pokok bakau tu? adakah dibeli atau mndpt kerjasama PBT dsb? tq!

Post a Comment

Show your care!