Kehidupan kita kini diancam oleh pelbagai krisis. Sama ada kita menyedarinya ataupun tidak, kita sememangnya berada dalam ancaman tersebut.
Mesti kita tertanya-tanya, ancaman yang bagaimana?
Kita berhadapan sedang dengan krisis kekurangan makanan!
Terdapat banyak faktor yang mendorong berlakunya keadaan ini seperti:
- Pertambahan penduduk dunia.
- Perubahan iklim.
- Bencana alam yang tidak diduga.
Negara kita, Malaysia juga tidak terkecuali daripada permasalahan ini. Menurut analisis yang telah dibuat, dijangkakan dunia akan berhadapan dengan krisis makanan pada tahun 2050 jika pengeluar makanan hari ini tidak boleh menambah pengeluaran pertanian mereka sekurang-kurangnya 70%.
Ada negara yang sudah pun mengalami masalah ini hingga menyebabkan berlakunya rusuhan.
0 yang |CARE!|:
Post a Comment
Show your care!