WE CARE!

Thursday, June 2, 2011

Green Planet Campaign di SK Lahar Yooi, Kepala Batas, Pulau Pinang

Pada 14 Mei 2011 yang lalu, CARE mendapat jemputan untuk menjayakan 'Green Planet Campaign' yang diadakan di SK Lahar Yooi, Kepala Batas, Pulau Pinang. Sekolah ini terletak kira-kira 20 minit dari IPTB. Program ini telah dianjurkan oleh Sahabat Alam Malaysia dan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Perhutanan Negeri dan pihak sekolah sendiri. Seramai 30 orang murid-murid tahap dua telah menyertai program ini. CARE menghantar wakil seramai 10 orang pada hari tersebut untuk menyumbangkan khidmat sebagai tenaga fasilitator.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program ini ialah penanaman pokok, permainan alam sekitar, kuiz alam sekitar dan latihan dalam kumpulan. 

Program ini merupakan salah satu strategi CARE untuk menyebarluaskan pemahaman masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar melalui pendidikan. Sasaran pada generasi muda juga dilihat sebagai satu langkah penting dalam proses menghasilkan bangsa yang peka terhadap alam sekitar.


Foto 1: Latihan Dalam Kumpulan :  Pohon Idaman

 Foto 2: Fasilitator CARE bersama peserta program

 Foto 3: Majlis Perasmian Aktiviti Penanaman Pokok oleh Wakil SK Lahar Yooi, dibantu Pegawai Jabatan Perhutanan Negeri.

 Foto 4: Kuiz Alam Sekitar

 Foto 5: Fasilitator CARE dan Peserta Program

 Foto 6: Barisan Fasilitator CARE dan Pegawai Sahabat Alam Malaysia yang menjayakan program

Foto 7: Kehadiran warga SK Lahar Yooi turut memeriahkan hari 'Green Planet Campaign'



Kepada mana-mana sekolah yang berminat untuk menjayakan kempen seperti ini, bolehlah menghubungi CARE.

0 yang |CARE!|:

Post a Comment

Show your care!