WE CARE!

Program Kesedaran dan Penanaman Semula Pokok Bakau Anjuran Sahabat Alam Malaysia di Kg Sg Batu Besi, Merbok, Kedah. Program ini telah diiklankan di laman FB selama 9hari (12 May'11) sebelum program bermula dan ramai yg telah memberi respon utk menjadi fasilitator. CARE IPGKTB dan Kelab Pecinta Alam IPGKSAH telah berkolaborasi menggalas amanah sebagai fasilitator kepada 90 org pelajar dua buah sekolah menengah. Fasilitator terdiri daripada junior hinggalah ke super senior (sem 2PPISMP - 7PISMP). Sebanyak 200 anak pokok telah berjaya ditanam.Terima kasih di atas keprihatinan anda terhadap iklan dan program tersebut-We CARE for the environment!


 
 ^ Jaringan CARE dan SAM telah terpateri sejak tahun 2007.

 ^ Peserta perlu menaiki bot untuk mencari lokasi penanaman bakau yang sesuai.

 ^ Taklimat penanaman bakau kepada para peserta.

 ^ Salah seorang ahli Kelab Pencinta Alam dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim juga turut serta dalam program ini.

 ^ Barisan Peserta dari SMK Jalan Paya Besar, Lunas Kedah dan Madrasah Al-Aiminiah Permatang Pauh, Pulau Pinang.

 ^ Para fasilitator melepaskan lelah sambil menelusuri Sungai Merbok yang indah.

 ^ Fasilitator Syariff dari CARE IPTB menyampaikan taklimat keselamatan di air.

 ^ Peserta program.

 ^ Fasilitator sedang mendengar taklimat.

 ^ Pelantar ini digunakan untuk sesi taklimat.

 ^ Penat yang berbaloi.

 ^ Selain memberi fokus kepada pendidikan alam sekitar, program ini juga berjaya menerapkan unsur-unsur kerjasama walaupun berbeza bangsa dan warna kulit. 1 Malaysia.

 ^ Suasana ketika aktiviti penanaman.

 ^ Usaha murni memelihara dan memulihara hutan paya bakau.

 ^ Kehadiran Encik Ibarahim, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPTB menceriakan susasana.

 ^ Taklimat di pelantar bakau.

 ^ Taklimat penutup setelah aktiviti penanaman selesai.

 ^ Program ini turut mendapat liputan akhbar tempatan, Sinar Harian.

 ^ Pelajar-pelajar Madrasah Al-Aiminiah, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

^ CARE IPTB berjaya membina jaringan bersama Kelab Pecinta Alam IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah.

0 yang |CARE!|:

Post a Comment

Show your care!