Minta perhatian semua utk baca list nama peserta program (updated).
Peserta camping di hutan lipur bukit mertajam, 23-25hb okt 2009:
paan
mala
zul
kimi
aisham
sufi
fizah
eichan
naz
yaya
khai
ween
qilah
kalo ada nama yg ttggal, tlg maklum ye.
Dibawah: gambaq2 yg sempat dirakam semasa sesi taklimat :)
fasi:
syam
akim
aie
atiq
PERGERAKAN:
Geng2 lelaki yg ada moto, kita akan bergerak dgn moto. Geng2 yg tiada kenderaan sendiri, tggu di garaj bas pada pukul 4 ptg hari jumaat 23hb okt 2009. Bas dari USM akan dtg ambil korg.
PERALATAN:
Korang digalakkan bawak brg2 asas je seperti pakaian sukan, lampu suluh, bekas air dll... Makanan akan ditanggung sepenuhnya.
17 hb oktober lalu, lepas je p survey tempat kat hutan lipur b.m, geng2 CARE menuju ke MENGKUANG DAM pulak. hajatnye nak bawak geng2 CARE dari USM melawat la empangan ni sbb tmpat ni cantik, lawa.. ikan pun comey2.. (ikan keli pun comey apa..).
awan kat langit time tu mmg lawa..cantik.. sejuk je mata memandang walaupun time tu tgh panas terik. tak berkelip aih mata nih.
Kami pun terus la ke tepi tasik..nak tgk ikan2 yg comey tuh..
Terkejutnye kami bl melihat begitu byk ikan yg mati dan terapung d pmukaan air.. bkn satu, bkn dua, tp byk sgt..(cuba tgk dlm gmbr).
Nak kata ikan ni mati sbab xckup mkn, mustahil plak sbb kitorang nampak byk roti yg terapung kat tepi2 tasik tu..
Kami pun mencari la punca ikan tuh mati melalui pemerhatian kasar..
Terdapat satu lapisan semacam lapisan minyak je kat tmpat ikan2 tu mati..mgkin ni la puncanye.
Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. (Surah Al-Mulk ayat 30)
kpd kwn2 sume, sama2 la kita jaga sumber air kita ye. kalau airnye kotor, bkn ikan je..kita pun blh 'out' sama..
"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan kepadanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan dengan perasaan terharap-harap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya".(AL-A’RAF 56)
Pertama skali sy nk ucap berbanyak trima kasih pd team walk n click yg p kmbara kat hutan lipur bkt mertajam ritu.. smangat n pgorbanan korang sgt2 dihargai.. walaupun kmbara kita tu xmcm kmbara pun, tp rasanya banyak input yg korg blh dpt.
Dalam keadaan tergesa2 n masa yg amat singkat, kita sama2 dah tgk iklim n environment hutan kat b.m nih.. org kata, bl kita lihat..kita ingat.
harap2 lepas nih kalo d ajak utk p walk n click lg, korang dpt ikut la. geng2 len pun dialu2kan utk join. apa yg penting selain kerjasama ialah - - korang musti ada motor..xpun tumpang member yg ada moto. sbbnye kita bergerak dgn 'kuda' tu je. kalo nek keta, alamatnya mkn masa la skit..
ni walk n click yg pertama care iptb buat..dan akan ada byk lg kmbara mcm ni utk korg join.
kalo rajin, bg la idea utk p mana2.. blh deal lg benda nih..
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sunguh-sunguh) beriman.
Setelah mengadakan beberapa perbincangan antara MT dan Pegawai Pendidikan SAM (Cik Fatin Safiah), kami (MT) telah sepakat untuk memecahkan peserta kepada dua group akibat pertindihan program yang berlaku :
Jadi, dengan sebulat suara perbincangan antara MT dan juga pengesahan daripada para peserta yang dikasihi, berikut adalah senarai nama untuk
i) Perkhemahan Pelapis Muda Aktivis Alam Sekitar @ Hutan Lipur BM
1-Paan 2- Mala 3 - Zul 4 - Kimi 5 - Aisham 6 - Sufi 7 - Fizah 8 - Yaya 9 - Khairudin 10 - Ween 11 - Qilah
Pemilihan dibuat berdasarkan pengalaman dan kesudian peserta sendiri. MT sepakat untuk mengutamakan ahli-ahli baru dan ahli yang belum pernah menyertai mana-mana program anjuran SAM atau CARE sendiri.
*Fasilitator dari IPTB akan diberitahu kelak*
ii) Peserta untuk Replanting Mangrove @ Nibong Tebal
"Lagi ramai lagi bagus" - Abg Nije Jadi berdasarkan pesanan Abg Nije (SAM) kami membuka penyertaan kepada mana-mana ahli CARE yang berminat. Penyertaan hanya 15 orang.
MT akan briefing setiap peserta mengenai perjalanan program, jadi bersedia dari sekarang. KOMITMEN DARIPADA KALIAN AMAT DIHARAPKAN :)
Alhamdulillah pada 13 Oktober ( Selasa ) lepas Team CARE IPGM KTB telah mengadakan satu program kembara "Walk & Click" di Hutan Lipur Bukit Mertajam. Idea asal "Walk & Click" dicetuskan sendiri oleh Presiden Terbaik Seantero Dunia - Abg Cham yang bertujuan untuk mengutip ilmu sambil kembara (walaupun tak berapa nak kembara).
Pada hari itu juga, saya (Muna) dan Attiq ditugaskan untuk bawa Kak Fatin yang datang jauh dari seberang untuk 'confirm' kan kembali tempat yang bakal diadakan camping pada 23-25 hb depan. Walaupun pada awalnya Presiden kami meminta untuk pertimbangkan semula cadangan tempat tersebut, namun bak kata Kak Fatin, belasah je lagipun masa yang berbaki tak mengizinkan untuk survey tempat lain. Tak pe, try dulu. Untuk berjuang perlu sentiasa tanggung risiko :)
Usai mengesahkan tempat dan melakukan survey (dari jauh) tempat tersebut, Kak Fatin meminta diri untuk pulang. Kami berdua terus ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Asar.
Menunggu geng-geng lain sampai, sempat kami menjamu laksa dan bihun sup di gerai selepas solat. Sorry geng, lapar sangat (^_^)
Dari jauh sudah kelihatan 3 ke 4 biji motor tidak saya perasan, membelok masuk menuju ke Hutan Lipur BM. Segera kami menyudahkan makanan dan menyertai mereka.
Syam, Noh, Paan, Aisham, Wan, Anas, Shamil, Muna dan Attiqah.
Memulakan taaruf memandangkan terdapat 3 orang ahli CARE yang baru iaitu ANAS (ha..CAPS LOCK akak boh nama kamu), Wan dan Shamil. Tahniah, kalian selangkah berada dalam misi menyelamatkan bumi :) Syam memberi sedikit penerangan mengenai "Walk & Click" dan sepintas mengenai CARE sebelum memulakan kembara kami. Diikuti saya menyampaikan beberapa maklumat mengenai program terdekat yang bakal diadakan iaitu Camping di tempat tersebut dan Replanting Mangrove yang bakal diadakan 25hb. (Rujuk Diari |CARE|)
Walaupun kembara kami tidak secara "kembara" sebenarnya kerana sekadar berjalan di kawasan tersebut, namun banyak juga info kami dapat. Seperti berjumpa sebatang pokok yang akarnya setinggi saya, berjalan-jalan melihat jalan trekking yang bakal peserta camping lalui kelak, 'kejernihan' air di situ dan banyak lagi. Mungkin Presiden boleh add-on sikit2 :)
Masa yang tidak mengizinkan memaksa saya dan Attiq meminta diri untuk ke Usrah di SAM meninggalkan mereka terus mengembara di situ. Untuk kisah yang seterusnya akan ditambah oleh Abg Cham (^_^)
“Huh..lamanya seminar nih..mata pun dah berat sgt2 dah..”, sy mngeluh panjang..sambil dok jeling2 tgk jam member..ntah mcm mana harini blh trlupa plak nak pakai jam.
Tengah dok ngantuk2 tu, tetiba henset bunyi..tuit2..tuit2..ada mesej la plak.. sapa la yg antaq msj ptg2 ni?
Bila tgk kat inbox tu, kuar nama attiq..
“Syam, taw x jln p hutan lipur bukit mertajam? Kak fatin ada kat iptb skrg. Kat surau”..
Ahh sudah..awat plak dah nih?..terpinga-pinga la jgak dlm bbrpa saat.. dalam hati ni tertanya2 , sejak bl plak kat b.m nih ada hutan lipur? Dah dkat 2 tahun dah blajaq kat sini..ni baru first time yg pertama sy dgq..huhuhu..
Syam: xtau la attiq..xbesa dgq lg la stakat neh..:P
Attiq: ang tlg lead kak fatinp sana, ok?
Blh je.. kak fatin dah mai jauh2 dah. So ok jelah.. utk program kami jgak : ) lgpun skrg ni sy tgh dok cari2 tempat nak buat aktiviti utk bebudak care iptb sket. Org tua2 kata, sambil menyelam, minum ayaq.. (ni org tua2 kat utara yg ckp).
So, time tu jgak la sy dok kalut tanya org yg tau jalan kat area2 b.m nih.. en azmi (penceramah) dok pulun bagi seminar kat depan, saya dok pulun mintak peta kat org..hehehe..sory ye encik.
Syam: Pssttt...ustaz afif, tau dak hutan lipur b.m kat mana? Depa kata area2 ceruk tok kun..
U.Afif: Hutan tu ana xtau la..tp ceruk tok kun tu ana tau..
Time tu jgak sy huluq kertas kat ustaz afif bg dia contiang2 (conteng2) skit peta tempat tuh..
Syam: “ok, makaseh noo..nanti ana try cari..” cewah..sy pun ckap ana2 jgak..:)
Huh..masih rasa xpuas hati dgn maklumat yg rasanya blum cukup tu, sy cari plak si ciffi..mmber yang mmg pure org seberang perai.. cari punya cari punya cari...jumpa ladia kat blakang dewan nuu..tengah dok melayan notebooknya.. (dia pun xlayan seminar tu dah..:))
Syam: Cip, bg direction sket nak p hutan lipur b.m blh?
Cip: blh ja..meh sini kita guna teknologi (sambil dok bukak google earth kat notebook beliau).. ha..tekan sini..tekan sini..haa..kita try taip hutan lipur bukit mertajam..
Scanning in progress.............tuit2....not found la plak..
Adeh..xpa2, taip kampung ceruk tok kun..dia dkat dah ngan hutan tuh..
Bila dah tgk secara realnye, blh agak dah la sket2 kat mana hutan lipur tuh..xla jauh sgt.. nak p sorg xbrani..so sy ajak la mmber yg bernama Noh nih.. noh ni mmg sng nak buat keje ngan dia..ckp la pa pun..mesti jadik punye..
Tuit2..tuit2.. mesej bunyi lg..
“kome kat ne? Akak abes solat dah”. Kak fatin antaq msj..agaknya lama dah tggu sy tuh.. adeh..baru 4.38..seminar hbes kul 5.. akak kena tggu lbh krg 20 minit lg nih..
Kak fatin: xpe. Akak tggu dlm kete sebelah dwn aminuddin baki ni.
Baguihnya.. : )
Tup2 dah pukui 5..hbis jek seminar, sy ngan noh terus p surau..smayang asaq dulu..hbis jek smayang baru p jmpe kak fatin..
Oho..kak fatin mai dgn kak wahid n liza rupenye..dgn saga baru..ehem..tak dan nak tanya sapa punya..
Dipendekkan cerita, kakfatin ni mai dari kul 3 td lg..siap sesat2 lg time nak p cari hutan tuh.. hehehe..teringat akak ckap masa meeting care iptb ritu.. “tak ada perjuangan yang mudah..kalau perjuangan tu terlalu mudah, berpatah balik dan mulakanlah semula..there’s must be wrong somewhere..”
So, kak fatin nak suruh sy n noh lead dia ke htn lipur tuh.. bl tgk jam, dah pukul 5.20 ptg dh..time org balik keje, budak2 skolah pun nak balik dah..jalan confirm jem teruk punye kat pekan b.m nuu.. bincang punya bincang, last skali kitorang decided biar noh ngan sy jek p ngan moto..snang skit nak mencelah-celah..
Dari iptb nk p ke sana makan masa 20 minit.. bl sampai jek kat sana dlm pukul 6 ptg tu, punye la ramai org.. tmpat joging rupenye..
sy ngan noh pun p la ronda2 kejap kat dalam kawasan tuh..nak cari tmpat yg sesuai utk camping sprti yg disuruh oleh kak fatin. kmudahan2 yg kami tgk ada kat situ ialah surau, kafe, chalet, trek joging, tmpat mandi, jeram, pondok2 wakaf n mcm2 lg la.. tp yg xbestnye, masa kami ronda cari kawasan tu, ternampak plak dgn sekor ba alif ba ya.. ni first time aa sy tgk menatang tuh real2 dlm hutan.. haa..mula la rasa mcm xselamat jek nak djadikan tmpat camping.
Kami jalan lg.. nah.. ada lg menatang. Lotong ka monyet tak tau la tp spesis yg ekor panjang la jgak. Siap main curik2 makanan org lagi tu. dah tu bersila makan atas keta org..adeh..buleh ka camping kat sini..mcm susah jek.. Perjuangan! hekhekhek..
Kami jalan2 lg. Lor..ada byk la plak anjing kat atas neh.. mcm2 kaler ada.. siap merayau2 depan surau lg.. mcmana ni? Sy dgn noh mula aa pk yg tmpat ni xsesuai utk camping..
“Pak cik xpenah la lg dgr ada org camping kat sini dik”. Kata sorg pak cik bl sy tanya pasal camping kat sini.
Jd btol la sy n noh teka..mmg xslamat nk camping kat sini. Antara faktor utamanye – byk sgt menatang yg xhalai kat sini..takut la jgak kan. Tp papepun, ni pendapat awai kami je berdasarkan pemerhatian kali pertama tu. Belum jumpa pun lg dgn pegawai renjer kat situ. Diorg lg arif..
Xkesah la ape pun..yg penting, kita kena terus berjuang untuk alam dan jadilah seorang aktivis alam sekitar yang baik.
Amin.
p/s: anda xdigalakkan guna gaya bahasa yg mcm ni dlm peksa. hlg byk mrkah nanti. ntah2 1 markah pun xdapat nanti. ni tulisan santai2 jek..: )
Buku Alam Sekitar Di Ambang Risiko
-
Buku ini menampilkan kompilasi lebih dari 60 artikel dan jurnal berkaitan
isu – isu mutakhir berkaitan alam sekitar seperti pemanasan global,
perubahan i...
Berjuang dan Berkorban
-
Sambutan Aidiladha mempunyai makna yang tersirat dan tersurat. Islam
merupakan suatu cara hidup yang cukup komprehensif, kekal relevan sehingga
hari kiama...
Buyat dalam Kenangan
-
Lokasi Buyat dan pembukaan lombong emas oleh syarikat Newmont
Kisah Buyat merupakan sebuah kisah yang menjadi teladan kepada semua
masyarakat dunia yang ...
DARI SENPAI UNTUK KOHAI
-
Islam merupakan ad-deen (الدين) yang menyanjung tinggi martabat
keinsanan dalam diri manusia. Islam mengiktiraf peranan aqal yang dipandu
oleh ...
Zalim Terhadap Rohani?
-
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Terpanggil untuk mencoret walaupun terpaksa mencuri-curi masa yang ada
sementa...
-
CERMIN AZIMAT
Cerminanku yang retak
Kau jahiti dengan senyuman
Bicaramu yang lunak
Penawar bagi luka dalam
Tika sirnanya cahaya dan tiba hujan gerimis
K...
CARE bermaksud PEDULI. Nama ini diambil berikutan kesedaran kami mengenai pentingnya khazanah berharga iaitu alam sekitar yang juga dinamakan KELAB AKTIVIS ALAM SEKITAR KAMPUS. CARE merupakan badan bergerak yang dicadangkan ditubuhkan di IPG Kampus Tuanku Bainun oleh Jabatan Sains Sosial. Tujuan penubuhan CARE adalah untuk mendidik aktivis bergerak aktif terhadap isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dalam kampus dan luar kampus.
CARE MEMERLUKAN SOKONGAN ANDA!
Kelab Aktivis Alam Sekitar Kampus @ Campus Environmentalist (CARE) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) merupakan sebuah kelab yang memperjuangkan kelestarian alam sekitar.
CARE ditubuhkan dengan tujuan menyebarluaskan pendidikan alam sekitar, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
Untuk makluman semua, CARE bernaung dibawah Jabatan Sains Sosial, IPGKTB. Sehingga kini, CARE dianggotai oleh guru-guru pelatih (Sukarelawan CARE) dari pelbagai bangsa dan giat menyertai aktiviti/program yang melibatkan alam sekitar.
Sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat guru pelatih yang peka terhadap kelestarian alam sekitar, CARE sangat berbesar hati jika anda dapat melibatkan penyertaan dari kelab ini jika terdapat penganjuran aktiviti/program yang berunsurkan pendidikan alam sekitar pada tahun 2011.
CARE mengharapkan bentuk-bentuk program dan latihan yang diperlukan oleh Sukarelawan CARE agar dapat membantu membentuk masyarakat yang lestari.
Maklumat lanjut dan perhubungan boleh diperolehi dari Pengerusi CARE IPGKTB, Saudara Mohamad Syamsul Izwan Bin Md Fauzi di Emel: careiptb@yahoo.com.
Pihak kami memohon kerjasama sepenuhnya daripada anda.
Sekian, terima kasih.
HUBUNGI KAMI
Alamat surat-menyurat: KELAB AKTIVIS ALAM SEKITAR KAMPUS (CARE), JABATAN SAINS SOSIAL, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN (IPG KTB), 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH CARE IPTB BAGI TAHUN 2008
10 – 11 Oktober 2008 PERKHEMAHAN AKTIVIS ALAM SEKITAR KAMPUS - KEMARAU Hutan Lipur Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
18 Oktober 2008 PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SMK Sultan Idris Syah II, Gerik, Perak
23 November 2008 PROGRAM SEMAIAN ANAK POKOK BAKAU Merbok, Kedah
26 November 2008 LAWATAN KE VERMIHOME – RUMAH CACING Pejabat Persatuan Pengguna, Pulau Pinang
28 November 2008 PAMERAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Masjid Negeri, Pulau Pinang
30 November 2008 PAMERAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR Taman Negara, Teluk Bahang, Pulau Pinang
AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH CARE IPTB BAGI TAHUN 2009
17 - 19 April 2009 BENGKEL AKTIVIS ALAM SEKITAR - ASAK Hotel Seri Malaysia Kepala Batas PP
30 Mei – 2 Jun 2009 KHIDMAT MASYARAKAT DAN PROGRAM MOTIVASI Kampung Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah.
7 - 9 Ogos 2009 LATIHAN AKTIVIS ALAM SEKITAR (ASAK) KAJIAN KES : ISU KUARI GUNUNG JERAI Kg Singkir Genting, Yan Kedah
29 - 31 Ogos 2009 UZLAH TAZKIYYAH RAMADHAN API "PEMBINAAN 'IZZAH DLM DIRI" Pantai Bersih, Pulau Pinang.
12 Oktober 2009 WALK AND CLICK – KEMBARA ALAM Hutan Lipur Bukit Mertajam, Pulau Pinang
23 – 25 Oktober 2009 PERKHEMAHAN AKTIVIS MUDA ALAM SEKITAR Hutan Lipur Bukit Mertajam, Pulau Pinang
25 Oktober 2009 PROGRAM PENANAMAN SEMULA ANAK POKOK BAKAU SEMPENA SAMBUTAN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG Sungai Chenaam, Nibong Tebal, Pulau Pinang
7 November 2009 PAMERAN KESEDARAN ALAM SEKITAR Sekolah Kebangsaan Mohamad Syah, Tasek Gelugor, Pulau Pinang
13 – 15 November 2009 KURSUS VISUALISASI DALAM PROGRAM PENGLIBATAN – VIPP World Fish Centre, Batu Maung, Pulau Pinang
26 Disember 2009 PROGRAM PENANAMAN SEMULA ANAK POKOK BAKAU SEMPENA MEMPERINGATI TRAGEDI BENCANA TSUNAMI Kampung Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah Kampung Tepi Laut, Kerpan, Kedah
15 - 27 Disember 2009 PROGRAM PENULISAN BUKU MANUAL AKTIVITI HIJAU Sekitar negeri Pulau Pinang
AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH CARE IPTB BAGI TAHUN 2010
16 Januari 2010 LAWATAN KE PAMERAN KELAB PENCINTA ALAM SMJK (C) CHUNG LING, AIR ITAM, PULAU PINANG SMJK (C) Chung Ling, Air Itam, Pulau Pinang
16 Januari 2010 WALK AND CLICK – KEMBARA ALAM Bukit Bendera, Pulau Pinang
27 Februari 2010 PROGRAM SEMAIAN BAKAU DAN PERASMIAN TAPAK SEMAIAN BAKAU Kampung Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah
8-11 Mac 2010 PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM SEKITAR PERINGKAT INSTITUT KALI-1 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun (IPG KTB)
29 Mac 2010 PELANCARAN PENUBUHAN KELAB CARE OLEH TUAN PENGARAH IPG KAMPUS TUANKU BAINUN Dewan Aminuddin Baki, IPG KTB
24 April 2010 TAYANGAN VIDEO ALAM SEKITAR: GAS & OIL ABUSE IN NIGERIA Surau Al Ghazali, IPG KTB
25 April 2010 JELAJAH MANUAL HIJAU: SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEK. KEB. KELADI, KULIM, KEDAH. SK Keladi, Kulim,Kedah.
15 Mei 2010 PAMERAN ALAM SEKITAR CARE DENGAN KERJASAMA JABATAN PERLINDUGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
28 September 2010 SEMINAR KESEDARAN PERLINDUNGAN LAPISAN OZON PERINGKAT NEGERI KEDAH 2010 Dewan Muad'zam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah.
6 November 2010 FUTURE LEADER PROGRAM FOR YOUTH ANJURAN PReCISE Hotel Royal, Jalan Larut, Pulau Pinang.
14 November 2010 PERKHEMAHAN UNIT KO-KURIKULUM SMK PENDANG, KEDAH Kg Sg. Batu Besi, Merbok, Kedah.
12 Disember 2010 KEM CUTI SEKOLAH NEGERI PULAU PINANG. SLOT JEMPUTAN SAM & CARE Sembang: "Mari Sayangi Alam Kita". Sekolah Menengah Al-Mashoor (L) Pulau Pinang.
18 Disember 2010 JEMPUTAN KE SESI DIALOG PIMPINAN MUDA BERSAMA PReCISE Pejabat PReCISE, Tingkat 12 Bangunan Dewan Perniagaan Melayu , Lebuh Pantai Pulau Pinang.
26 Disember2010 PROGRAM PENANAMAN SEMULA BAKAU ANJURAN JARINGAN BERTINDAK NELAYAN PANTAI SEMENANJUNG (JARING) DGN KERJASAMA SAHABAT ALAM MALAYSIA (SAM) Kg Baru Tepi Laut, Ayer Hitam Kedah.
26 Disember 2010 PROGRAM PENANAMAN SEMULA BAKAU SEMPENA MEMPERINGATI TRAGEDI TSUNAMI 2004 Kg Sg Batu Besi, Merbok, Kedah.
AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH CARE IPTB BAGI TAHUN 2011
29 Januari 2011. WALK AND CLICK Taman Negara Pulau Pinang.
18-20 Februari 2011 PERKHEMAHAN KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA KELAB GEOGRAFI UNI.PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DAN KELAB ALAM SEKITAR UITM PERAK ANJURAN SAM. -CARE sebagai Fasilitator - Kampung Sitiawan, Perak
6 Mac 2011 PROJEK PENDIDIKAN ALAM SEKITAR: KEMBARA ALAM TAMAN NEGARA KUMPULAN KPLI SR TESL, KS DAN PT AMBILAN JANUARI 2011. -CARE sebagai Fasilitator - Taman Negara Pulau Pinang
14 Mei 2011 GREEN PLANET CAMPAIGN (ANJURAN SAHABAT ALAM MALAYSIA). -CARE sebagai Fasilitator - Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, Kepala Batas, Pulau Pinang.
21 Mei 2011 PROGRAM KESEDARAN DAN PENANAMAN SEMULA POKOK BAKAU SEMPENA HARI BIODIVERSITI SEDUNIA SMK JALAN PAYA BESAR, LUNAS & MADRASAH AL AMINIAH, PERMATANG PAUH ANJURAN SAHABAT ALAM MALAYSIA -CARE sebagai Fasilitator - Kg Sg Batu Besi, Merbok, Kedah.
23-25 Jun 2011. LOVE RIVER CAMPAIGN & INTERNATIONAL FRIENDSHIP PROGRAMME -CARE sebagai Fasilitator - Kg Sg Batu Besi, Merbok, Kedah.
23-25 Jun 2011 PENDIDIKAN TAMAN LAUT NEGARA DI PULAU PAYAR, LANGKAWI, KEDAH BERSAMA KELAB PENCINTA ALAM IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH. Pulau Payar, Kedah
27 Jun 2011 TAKLIMAT & SURVEY 'KAMPUS TANPA POLISTERIN' DALAM PERHIMPUNAN AWAL SEMESTER II 2011 Dewan Aminuddin Baki, IPG KTB
2 Julai 2011 PAMERAN ALAM SEKITAR CARE DENGAN KERJASAMA NGO (SAHABAT ALAM MALAYSIA) SEMPENA HARI TERBUKA KOLEJ KEDIAMAN IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 2011. IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.
24 September 2011
PENANAMAN SEMULA 300 ANAK BAKAU SEMPENA HARI HUTAN SEDUNIA 2011
Kampung Huma, Tanjung Dawai, Kedah
1 Oktober 2011
PROGRAM PENDIDIKAN ALAM SEKITAR ANJURAN KELAB PUNCAK, SAHABAT ALAM MALAYSIA DAN MAYBANK.
Kampung Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah.
7- 9 Oktober 2011
PROGRAM KEPIMPINAN, PENDIDIKAN PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU ZON UTARA
Merdeka Beach Resort, Sg.Petani, Kedah.
16 Oktober 2011
PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI ANTARABANGSA 2011
Zon Pantai Kuala Muda, Pulau Pinang.
21 Oktober 2011
PROGRAM PENDIDIKAN KESEDARAN ALAM SEKITAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Kampung Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah
22-23 Oktober 2011
PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KESEDARAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUBANG PASU.
Kampung Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah
27 Oktober 2011
PROGRAM PENDIDIKAN KESEDARAN ALAM SEKITAR POLITEKNIK SULTANAH BAHIYAH, KULIM
Kampung Sungai Batu Besi, Merbok, Kedah
PLANNER |CARE| TAHUN 2011
Cadangan rancangan bagi Tahun 2011.
Januari Walk and Click - Taman Negara Pulau Pinang. 29 Januari 2011.
Februari Perkhemahan Kesedaran Alam Sekitar Bersama Kelab Geografi Uni.Pendidikan Sultan Idris dan Kelab Alam Sekitar UiTM Perak anjuran SAM. - CARE sebagai Fasilitator - 18-20 Februari 2011
Mac Projek Pendidikan Alam Sekitar: Kembara Alam Taman Negara Kumpulan KPLI SR TESL, KS dan PT ambilan Januari 2011. 6 Mac 2011 (CARE sebagai Fasilitator).
Sambutan Ulangtahun pertama penubuhan Kelab CARE.
Pertandingan Fotografi Alam Sekitar kali ke-2.
Pertandingan Video Pendek Alam Sekitar kali ke-1.
April Perkhemahan Aktivis Remaja Alam Sekitar (ARAS).
Mei Green Planet Campaign di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi, Kepala Batas, Pulau Pinang. CARE sebagai Fasilitator. (Anjuran Sahabat Alam Malaysia) 14 Mei 2011
Program Kesedaran dan Penanaman Semula Pokok Bakau Sempena Hari Biodiversiti Sedunia SMK Jalan Paya Besar, Lunas & Madrasah Al Aminiah, Permatang Pauh di Kg Sg Batu Besi, Merbok, Kedah. Anjuran Sahabat Alam Malaysia. CARE sebagai fasilitator. 21 Mei 2011
Jun Love River Campaign & International Friendship Programme di Kg Sg Batu Besi, Merbok, Kedah. CARE sebagai fasilitator. 23-25 Jun 2011.
Pendidikan Taman Laut Negara di Pulau Payar, Langkawi, Kedah bersama Kelab Pencinta Alam IPG Kampus Sultan abdul Halim, Kedah. 23-25 Jun 2011
Julai Pameran Alam Sekitar CARE dengan kerjasama NGO (Sahabat Alam Malaysia) sempena Hari Terbuka Kolej Kediaman IPG Kampus Tuanku Bainun 2011. 2 Julai 2011
Ogos Pertandingan merekacipta laman web bertema isu-isu alam sekitar.
September Program Penanaman Semula Bakau Sempena Sambutan Hari Hutan Sedunia 2011 di Tanjung Dawai, Kedah. Peserta: 70 orang pelajar SMK Che Tom dan Maktab Rendah Sains Mara PDRM Kulim. 11 orang sukarelawan CARE terlibat sebagai fasilitator. Sebanyak 300 anak pokok berjaya ditanam
24 September 2011
Oktober Jelajah Manual Hijau Sekolah Rendah.
November Tayangan video alam sekitar.
Disember Program penanaman semula bakau sempena memperingati tragedi bencana Tsunami 2004.
Kita hanya merancang. Allah SWT jualah yang menentukan segalanya. Allah SWT adalah sehebat-hebat dan sebijak-bijak perancang. Bersama-samalah kita berdoa agar CARE akan terus hidup dengan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti satu bangunan yang tersusun kukuh" (Surah As-saff:4)