WE CARE!

Saturday, October 17, 2009

Walk & Click |CARE| 13 Oktober 2009

Salam Perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian :)

Alhamdulillah pada 13 Oktober ( Selasa ) lepas Team CARE IPGM KTB telah mengadakan satu program kembara "Walk & Click" di Hutan Lipur Bukit Mertajam. Idea asal "Walk & Click" dicetuskan sendiri oleh Presiden Terbaik Seantero Dunia - Abg Cham yang bertujuan untuk mengutip ilmu sambil kembara (walaupun tak berapa nak kembara).

Pada hari itu juga, saya (Muna) dan Attiq ditugaskan untuk bawa Kak Fatin yang datang jauh dari seberang untuk 'confirm' kan kembali tempat yang bakal diadakan camping pada 23-25 hb depan. Walaupun pada awalnya Presiden kami meminta untuk pertimbangkan semula cadangan tempat tersebut, namun bak kata Kak Fatin, belasah je lagipun masa yang berbaki tak mengizinkan untuk survey tempat lain. Tak pe, try dulu. Untuk berjuang perlu sentiasa tanggung risiko :)

Usai mengesahkan tempat dan melakukan survey (dari jauh) tempat tersebut, Kak Fatin meminta diri untuk pulang. Kami berdua terus ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Asar.

Menunggu geng-geng lain sampai, sempat kami menjamu laksa dan bihun sup di gerai selepas solat. Sorry geng, lapar sangat (^_^)

Dari jauh sudah kelihatan 3 ke 4 biji motor tidak saya perasan, membelok masuk menuju ke Hutan Lipur BM. Segera kami menyudahkan makanan dan menyertai mereka.

Syam, Noh, Paan, Aisham, Wan, Anas, Shamil, Muna dan Attiqah.

Memulakan taaruf memandangkan terdapat 3 orang ahli CARE yang baru iaitu ANAS (ha..CAPS LOCK akak boh nama kamu), Wan dan Shamil. Tahniah, kalian selangkah berada dalam misi menyelamatkan bumi :)
Syam memberi sedikit penerangan mengenai "Walk & Click" dan sepintas mengenai CARE sebelum memulakan kembara kami.
Diikuti saya menyampaikan beberapa maklumat mengenai program terdekat yang bakal diadakan iaitu Camping di tempat tersebut dan Replanting Mangrove yang bakal diadakan 25hb. (Rujuk Diari |CARE|)

Walaupun kembara kami tidak secara "kembara" sebenarnya kerana sekadar berjalan di kawasan tersebut, namun banyak juga info kami dapat. Seperti berjumpa sebatang pokok yang akarnya setinggi saya, berjalan-jalan melihat jalan trekking yang bakal peserta camping lalui kelak, 'kejernihan' air di situ dan banyak lagi. Mungkin Presiden boleh add-on sikit2 :)

Masa yang tidak mengizinkan memaksa saya dan Attiq meminta diri untuk ke Usrah di SAM meninggalkan mereka terus mengembara di situ. Untuk kisah yang seterusnya akan ditambah oleh Abg Cham (^_^)



"Korang Memang Havoc" - Naib Presiden

Syam memulakan taklimat


Pemandangan Hutan Lipur BM



Semoga kita istiqamah dalam perjuangan ini!~



1 yang |CARE!|:

bos besaq said...

trimas buat team walk n click nih.

sory aa sbb kita xsmpat nk jelajah hutan ni sgt coz korg posa n kita p pun dah lmbat dah.

len kali kita p lg..:)

Post a Comment

Show your care!