Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran ditujukan kepada Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita masih diberi kekuatan untuk terus berjuang dan menghidupkan organisasi CARE di IPGM Kampus Tuanku Bainun.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada ANDA yang telah dipilih untuk memegang amanah di dalam Majlis Tertinggi (MT) CARE dan juga kepada ahli-ahli lama dan baru yang sudi menawarkan diri menyertai perjuangan ini. Semoga kita dapat bersama-sama berganding bahu menyumbang idea, tenaga, masa dan segala kemampuan yang kita ada untuk mencapai objektif dan matlamat perjuangan CARE.
Kebersihan alam sekitar sepatutnya menjadi tanggungjawab semua. Umat Islam perlu menjadi proaktif dan berperanan di penjuru masing-masing bagi mencegah pencemaran. Nabi, sebagai contoh, menggalakkan umat Islam mengutip kotoran yang terdapat di tengah jalan dan membuangnya di tempat yang disediakan supaya pencemaran tidak berlaku dalam masyarakat.
Pencemaran adalah hasil daripada sikap dan tindak tanduk manusia yang cuai, pentingkan diri sendiri, rakus, tamak, tidak bertanggungjawab serta tidak bertimbang rasa. Padahnya dirasai oleh semua pihak pada hari ini. Berhubung dengan ini dalam surah ar-Rum ayat 41, Allah menjelaskan, “Telah zahir kerosakan di darat dan di laut disebabkan tangan-tangan manusia supaya Allah timpakan ke atas mereka sebahagian akibat dari perbuatan mereka, semoga mereka kembali ke jalan yang benar”.
Menurut buku Islam dan Ekologi, para saintis meramalkan bahawa mungkin sudah terlambat untuk mengubah keadaan, tetapi apa yang dapat kita lakukan adalah terkandung dalam wahyu Tuhan. Tanggungjawab ini terpikul di atas bahu kita; sebab ia bukanlah masalah orang lain, bandar lain atau negara lain.
Kita semua mestilah melakukan apa sahaja yang terdaya dengan membabitkan seramai orang yang mungkin, pertama dengan memberitahu orang lain dan kemudiannya dengan kumpulan-kumpulan bertindak di kalangan jiran tetangga, sekolah-sekolah, institusi- institusi pengajian, malah di mana-mana dan dengan sesiapa yang peka.

“Semoga CARE IPTB terus subur dalam perjuangan membela kesejahteraan alam!”
0 yang |CARE!|:
Post a Comment
Show your care!