WE CARE!

Friday, October 30, 2009

Perkhemahan Pelapis Muda Aktivis Alam Sekitar



BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

Tarikh: 23 okt - 25 okt 2009

Hutan Lipur Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Satu Perkhemahan Pelapis Muda Aktivis Alam Sekitar anjuran Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah diadakan pada 23-25 Oktober 2009 yang lalu. Program di Hutan Lipur Bukit Mertajam ini melibatkan penyertaan ahli-ahli Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun (16 orang), Universiti Sains Malaysia dan juga Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Antara objektif penganjuran perkhemahan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga Institusi Pengajian Tinggi tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Melalui program ini juga, para peserta telah diberi latihan dan tunjuk ajar untuk menjadi seorang aktivis alam sekitar yang baik. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan ini. Sila rujuk laporan bergambar dibawah.





^ Pengenalan Program - Siapa Aku bersama Abg Syah





^ Ice Breaking Bermodul dan Pembahagian Kumpulan




^ Riadah Bermodul





^ Slot 1: Cabar Minda - Modul Kitar Ekologi


^ Slot 2: Diskusi Ilmiah - Islam dan Ekologi




^ Bengkel Aktivis 1: Dialog Alam Sekitar (Isu Semasa)




^ Bengkel Aktivis 2: Ada Apa Pada Hasil Tulisan (Kesan dalam Kempen)



^ Slot 3: Isu-isu Semasa Alam Sekitar; Pengalaman SAM bersama Abg Nizam Mashar (Koordinator Sahabat Alam Malaysia)





^ Bengkel Aktivis 3: Street Theater


^ Fasilitator Program.
CARE IPGM Kampus Tuanku Bainun: Hakim, Syam, Attiq & Aie.
CARE USM: Arif, Liza & Ain.




^ Kembara ( Jungle Tracking)


Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakannya.
(Najm:39)


Amin

0 yang |CARE!|:

Post a Comment

Show your care!