WE CARE!

Thursday, October 8, 2009

Dakwah dan Alam Sekitar

**dipetik dari blog budakpicisan


Salam Perjuangan



"Marilah kita sama sama memboikot penggunaan polisterin untuk menjaga alam sekitar!" lantang si aktivis alam sekitar bersuara.

Senyum tersungging di bibir masing masing.

"Kalau kita je boikot, orang lain guna jugak, tak berbaloi pun..." pintas rakan di hadapannya. Sinis.

"Betul. Alam sekitar kita ni dah tak boleh buat apa dah. Dunia akhir zaman. Bumi dah tua!"

Rakan yang masih setia mendengar mengangguk angguk kan kepala tanda setuju.

--------------------------------------------------------

Situasi di atas sekadar satu rumusan umum yang saya buat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang tidak seberapa mengenai kesedaran masyarakat sekarang tentang alam sekitar mereka, yang juga pernah saya sendiri mempunyai fikiran sebegitu. Satu masa dahulu. Ulang suara. Satu masa dahulu.

Apakah benar tiada apa lagi yang boleh kita buat untuk menjaga alam sekitar kita?

Dakwah dan Alam Sekitar.

Kerap kali kala membincangkan tentang dakwah ataupun ketika para da'ie sedang berdakwah, isu yang satu ini dipandang sebelah mata seolah olah dakwah dan ajaran dalam dakwah tidak punya kaitan dengan alam sekitar kita. Tidak keterlaluan untuk saya katakan kesedaran tentang betapa alam sekitar ini sedang berada dalam situasi 'cemas' dalam diri individu adalah ZERO. Ulang suara. ZERO.

Adalah janggal untuk mendengar para belia rancak bersembang mengenai :

"Betul...Pokok bakau tu penting kat pantai...Kalau tak ada, habislah...bla..bla.."
"Jangan kau tak tau, kolam ternak udang tu banyak bagi kesan negatif kat paya bakau.."
"Weh... hari ni hari alam sekitar sedunia!!"

Ya. Dunia dah tua jika pernah mendengar perbualan sebegini!


Sibuk menggantung streamer CARE & SAM - Hari Terbuka Asrama 09



Dunia yang CEMAS

Cemasnya dunia sekarang. Mana tidaknya semua haiwan kena selesema! Burung la, ayam la, babi pon ada. Astaghfirullah. Macam macam penyakit Tuhan dah turunkan kat umat akhir zaman ni, tapi mengapa akal masih tidak berfikir - masih terus terusan menafikan bahawa ini adalah bala Allah kepada manusia yang asyik dengan maksiat!!! [c'mon la... common sense, brader]

Tak perlu rasanya saya ceritakan kepentingan menjaga alam sekitar di sini. Dah rupa karangan UPSR pula nanti. Semua orang tahu kenapa perlunya menjaga alam sekitar, tapi... Aduhai..

Terlalu banyak program dan aktiviti kesedaran mengenai alam sekitar seperti seperti kempen sayangi sungai kita, pertandingan menulis esei alam sekitar, gotong royong, kempen kitar semula dan sebagainya. Permasalahan yang timbul adalah segala program dan kempen yang dibuat hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri masyarakat.

Manusia sebagai khalifah.

"Kita bukan sekadar hamba Allah, tapi adalah juga khalifah Allah - yang mana tugasnya adalah untuk menjaga dan mentadbir alam tumpangan kita ini!"

Seakan satu 'wake up call' apabila mendengar bait-bait kata yang terpacul daripada mulut seorang yang sangat tinggi ilmunya, sangat kental semangatnya mempertahan alam sekitar - Prof Talhah.

Kita Khalifah Allah!! Ya. Perkataan khalifah itu menyuntik sedikit semangat dalam diri ini, semangat yang selama ini puas dicari, sekaligus merungkai segala persoalan yang sekian lama terpendam dalam benak fikiran. Soalan yang mungkin sama bermain dalam minda anda.
Apa perlu jaga alam sekitar??

Jawapannya ringkas, mudah dan jelas - PERLU. Kenapa? Kerana kita khalifah Allah - yang mana tugasnya adalah untuk mentadbir alam ini. Tiada pengecualian kepada mana-mana individu walau tinggi mana darjatnya, besar mana gajinya, banyak mana hartanya, kita tetap khalifah Allah!

Tidak Allah letakkan Adam di bumi ini tanpa sebab. There is NO ACCIDENT! Kata Kak Fatin.

Orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Memang betul lah. Usaha yang kecil tapi berterusan insya Allah hasilnya adalah lipat kali usahanya. Jadi jangan pernah persoalkan perlu atau tidak perlu menjaga alam sekitar kerana alam ini amanah Allah kepada manusia. Adalah wajib untuk semua umat manusia untuk menjaganya.




Lepas ni kalau nampak sampah berterabur di hadapan, angkat - buang dalam tong.
Lepas ni kalau nak beli makanan - bawa tupperware siap2, boikot plastik & polisterin!
Lepas ni kalau nak bakar sampah - tengok langit, bayangkan kalau awan dan lapisan ozon tak ada - kalau tak ada nampak apa2 jugak, beli mikroskop.
Lepas ni kalau jalan-jalan tangan dah biasa asyik nak memetik daun/bunga - bayangkan anda telah mematahkan daun/bunga yang sedang berzikir kepada Allah, apa hukumnya, sendiri sudah bole fikir.
Lepas ni kalau orang ajak pergi kem SAM - ikut je lah! ^_^


---------------------------------------------------------------

1 yang |CARE!|:

pak long said...

Alhamdulillah..anda antra org yg kuat dan bsmangat!!

Teruskan perjuangan, jgn bputus asa.. insyaAllah kita semua sama2 tunaikan amanah-Nya sedaya yg mampu. Amin.

Post a Comment

Show your care!