Lokasi lawatan ialah di Pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah vermihome (rumah cacing). Melalui kaedah vermihome, sisa-sisa organik seperti kulit buah-buahan, daun-daun kering dan sisa dapur dapat diurai menjadi baja kompos yang berkualiti dan baik untuk pertanian. Terdapat dua sistem rumah cacing di pejabat CAP iaitu Sistem Empat Unit dan Sistem Domestik.
^ SISTEM EMPAT UNIT Sistem Empat Unit dibangunkan khusus bagi menguraikan sisa-sisa organik dalam skala besar. Ia sesuai digunakan secara komersial untuk para petani. Sistem ini memerlukan 40 hingga ke 60 hari untuk menguraikan sisa-sisa organik menjadi bahan kompos.
Sistem Domestik pula dicipta oleh CAP untuk kegunaan dirumah. Skalanya lebih kecil dan ringkas untuk dikendalikan. Sesuai untuk golongan surirumah menghasilkan bahan kompos mereka sendiri untuk kegunaan pokok-pokok hiasan atau pokok-pokok buah-buahan/ sayur-sayuran di rumah.
Sistem Vermihome amat mudah untuk diamalkan! Ingatlah, setiap sisa makanan yang kita anggap tiada nilai sebenarnya dapat ditukarkan kepada sesuatu yang memberi manfaat - BAJA KOMPOS!
Penghargaan: Terima Kasih kepada Puan Saras (CAP Officer) yang telah banyak membantu kami mendapatkan maklumat tentang Vermihome.
0 yang |CARE!|:
Post a Comment
Show your care!