PENGENALANHutan paya bakau juga dikenali dengan nama hutan paya laut. Spesis pokok Bakau Minyak (Rhizophora apiculata) dan Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) mendominasi ekosistem ini. Hutan paya laut mewakili pertengahan fasa antara daratan dan lautan. Dalam persekitaran unik ini, ia boleh mengalami keadaan basah dan kering beberapa kali sehari bergantung kepada pasang dan surut air laut. Apabila berada dalam keadaan basah, campuran air ini akan menjadi campuran air masin dari laut dan air tawar dari sungai.
Hutan paya bakau merupakan ekosistem paling produktif dan unik kerana ia berkebolehan untuk membesar dan beradaptasi di bawah kondisi kemasinan yang tinggi. Ia melibatkan keadaan anaerobik (tidak beroksigen) dan juga persekitaran berasid.
ISU dan MASALAHImpak Pembangunan Ke Atas Hutan Paya Bakau.Peningkatan aktiviti manusia secara tidak langsung memberi kesan yang negatif dan tekanan terhadap ekosistem paya bakau. Akibat dari aktiviti ini, komuniti bakau yang wujud di sepanjang tebing estuari dan garis pantai yang mengalami gangguan dan termusnah yang seterusnya menyebabkan kemusnahan ekologi iaitu nic kepada organisma marin, hidupan liar dan burung.
Antara aktiviti penerokaan kawasan hutan paya bakau adalah untuk pembalakan, pertanian, penukaran kepada kolam akuakultur (penternakan udang), perbandaran, penempatan dan perindustrian.
KESANAktiviti Manusia: Penternakan Udang dan Kesan Kepada Hutan Paya BakauKemusnahan HabitatHidupan marin berkurangan kerana tiada tempat membiak dan berlindung.
Kehilangan Sumber-sumber AsliMasyarakat pantai kehilangan sumber asli seperti makanan, kayu api serta ubat-ubatan.
Air Bawah Tanah Menjadi MasinAir masin dari kolam penternakan udang akan meresap masuk ke tanah pertanian berhampiran dan memusnahkan tanaman.
Kesuburan Tanah TerjejasPenggunaan bahan kimia yang banyak dalam kolam udang juga akan menjejaskan kesuburan tanah.
Pendapatan nelayan TerancamPengurangan sumber marin meyebabkan pendapatan nelayan berskala kecil terjejas.
PencemaranPenggunaan palet makanan dan antibiotik yang tidak dihadam oleh udang mengakibatkan pencemaran apabila air dilepaskan ke persekitaran.
Wabak PenyakitUdang yang menghadapi penyakit akan menyebabkan penyakit berjangkit apabila airnya dilepaskan keluar.
1 yang |CARE!|:
bagus arr blog nie
Post a Comment
Show your care!